VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 10/08/2009

MAIWP bina sekolah menengah agama berasrama penuh

10/08/2009 3:40pm

KUALA LUMPUR 10 Ogos — Dua ribu pelajar di ibu negara akan mendapat manfaat apabila Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Bandar Tasik Permasuri di sini siap pembinaannya hujung tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata sekolah bernilai RM130 juta itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk pembelajaran Al-Quran dan makmal sains yang disenggara sepenuhnya oleh MAIWP.

Katanya kumpulan pertama pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga sekolah itu yang kini menumpang belajar di Sekolah Rendah Agama Othmaniah, Bandar Tun Razak, Cheras akan memasuki bangunan baru sekolah berkenaan pada Januari 2012.

“InsyaAllah, apabila kompleks seluas 3.4 hektar yang dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, akademik, makmal, bengkel, asrama, kuarters, surau dan pelbagai kemudahan lain siap, 2,000 pelajar akan dapat belajar dalam suasana cukup selesa.

“Perlu diingatkan, mereka yang diterima memasuki sekolah ini terdiri daripada pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga mampu membaca Al-Quran dengan baik serta memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan sekolah agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah Sekolah Menengah Agama MAIWP di Bandar Tasik Permaisuri hari ini.

Pelajar yang akan dilahirkan dari Sekolah Menengah Agama MAIWP itu, menurut Jamil Khir diyakini dapat melahirkan lebih ramai cerdik pandai, golongan profesional dan teknokrat di Malaysia yang mempunyai personaliti dan sahsiah seperti yang digariskan Islam.

Katanya golongan pelajar ini kelak merupakan golongan penting yang akan menjadi penggerak utama dalam pelaksanaan rancangan pembangunan negera.

“Apabila pengetahuan dan kemahiran diadun dengan sahsiah dan akhlak Islamiah yang tinggi, kita akan dapat melihat bagaimana Malaysia dibangunkan menjadi sebuah negara maju dengan sistem sosial yang harmoni dan aman damai,” katanya.

Malaysia tidak akan menjadi seperti negara maju lain yang cemerlang daripada aspek kemajuan dan pembangunan fizikal tetapi menghadapi masalah dan krisis sosial yang kronik, katanya.

Yang hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Mac lepas, MAIWP juga mula membina Sekolah Menengah Imtiaz di Setiawangsa iaitu sekolah menengah agama yang pertama seumpamanya yang dikendali sepenuhnya MAIWP.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.