VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 07/08/2009

Tudung sumber rezeki


Rusnaliza Ahmad Soffian, dan Norulhuda Munzir, (kanan) bersama koleksi tudung pelbagai corak yang terdapat di butik Mawaddah, Seremban.


SEREMBAN 6 Ogos - Dulunya dia seorang penggemar setia tudung jenama ini dan saban masa sanggup bersesaksesak ke ibu negara semata-mata mendapatkan koleksi terbaru di butik yang cukup terkenal itu.

Siapa sangka setelah lebih dua tahun menjadi pencinta fesyen bertudung jenama Ariani itu, dua wanita ini sudah menjadi usahawan tudung dan memiliki butik pakaian bernama Mawaddah.

Kini butik Mawaddah yang terletak di Business Avenue, Seremban 2 di sini menempatkan ratusan koleksi tudung Ariani yang sentiasa menjadi buruan.

Pemiliknya, Rusnaliza Ahmad Soffian, 38, dan Norulhuda Munzir, 32 barangkali boleh berbangga kerana walaupun setahun jagung dalam bidang itu, peniagaan tudung dan pakaian berciri Islam ini semakin mendapat perhatian.

Berbekal pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya, kedua-dua biras ini berusaha keras memajukan perniagaan tersebut di samping memartabatkan gaya fesyen berkonsepkan Islam di kalangan wanita di negeri ini.

Menurut Norulhuda, idea di sebalik penubuhan butik tersebut awal tahun lepas bermula daripada pengalaman masing-masing di samping keinginan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan.

"Kami berdua memang menggemari fesyen tudung Ariani ini, sekali cuba terus jatuh cinta dan menjadi pemakai setia. Selalunya kalau nak beli tudung ini terpaksalah ke ibukota yang sentiasa sibuk.

"Pada masa yang sama tercari-cari peluang perniagaan dan seterusnya idea untuk membuka butik ini pun timbul. Saya percaya banyak penggemar tudung Ariani di negeri ini dan kadang-kadang mengeluh kerana masalah yang sama," cerita beliau.

Tambah anak jati negeri ini, mereka memilih jenama Ariani untuk dipasarkan kerana kualiti dan rekaannya yang menarik.

"Saya percaya wanita hari ini baik bekerja atau suri rumah yang bertudung sentiasa mementingkan gaya dan keselesaan. Jadi bukan sesuatu yang menghairankan jika tudung ini jadi perhatian," katanya.

Tambah Rusnaliza, butik Mawaddah itu kini menempatkan pelbagai koleksi terkini Ariani yang sesuai bagi sebarang peringkat usia.

"Yang paling hangat sekarang adalah yang bercorak seperti pelangi daripada pelbagai warna. Seperti koleksi Ariani di ibu kota Mawaddah akan memperbaharui koleksinya setiap minggu, '' tambah beliau.

Sementara itu koleksi pakaian busana Muslimah seperti jubah, blaus dan seluar yang terdapat di butik tersebut dibawa dari luar negara seperti Asia Barat.

Tambah beliau, bukan sekadar fesyen tudung dan pakaian, malah mereka juga berusaha membangunkan Mawaddah sebagai gedung membeli belah pakaian berkonsepkan Islam di bawah satu bumbung.

"Konsep perniagaan di sini adalah semua pakaian berkonsepkan Islam dan menutup aurat boleh didapati kerana selain tudung, pakaian lelaki dan perempuan kami juga menyediakan pakaian renang untuk wanita yang menutup aurat, aksesori dan semua kelengkapan menunaikan haji dan umrah.

"Apa diharapkan kelahiran Mawaddah ini dapat memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan keperluan seperti itu selain menawarkan gaya berfesyen terkini bagi wanita bertudung," tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.