Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
LUAR NEGARA

ARKIB : 06/08/2009
Kabinet Indonesia dipilih dari pakatan sedia ada

Kabinet Indonesia dipilih dari pakatan sedia ada

JAKARTA 5 Ogos - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, barisan Kabinet baru Indonesia akan dilantik dari parti politik dalam perikatan bersama Parti Demokratik pimpinan beliau yang sedia ada.

Menurutnya, langkah itu akan menyelesaikan ketidakserasian antara sistem presiden kerajaan dan amalan demokrasi melibatkan pelbagai parti.

"Sistem presiden dan demokrasi pelbagai parti tidak begitu berpadanan.

"Ketika kita berpegang teguh dengan sistem presiden, penyelesaian kompromi adalah dengan kuasa eksekutif terutamanya Kabinet sepatutnya mewakili parti politik bagi mewujudkan kestabilan politik dan memastikan kelicinan pentadbiran kerajaan," kata Susilo pada sidang akhbar di Istana Presiden.

Katanya lagi, perikatan antara Demokratik dengan 23 parti yang menyokong pencalonannya dalam pilihan raya Presiden (Pilpres) akan membentuk asas dalam Kabinet baru dan sebuah perikatan selari akan dibentuk di dalam Dewan Perwakilan.

"Bagaimanapun, untuk kebaikan bersama di masa depan, ruang untuk berbuat sesuatu selagi keadilan terjamin untuk semua," jelas Susilo, memberi pembayang kemungkinan pelantikan dari luar parti perikatan.

Pecahan dari Parti Golkar sedang mengusahakan perdamaian dengan beliau dan ramai yang beranggapan Susilo akan melantik profesional berkecuali untuk mengisi kerusi menteri.

Kabinet sekarang merupakan gabungan dari wakil tujuh parti. - AGENSI

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN