VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 04/08/2009

Pelajar ikuti program kem bina semangat hilang

KUALA KANGSAR 3 Ogos - Seorang remaja perempuan yang sedang mengikuti program kem bina semangat di Taman Rekreasi Guar, Manong di sini, dilaporkan hilang sejak semalam

Remaja terbabit, Siti Nor Aishah Hassim, 19, (gambar) berasal dari Kampung Bukit Cheraka, Jeram, Selangor. Dia merupakan pelajar semester satu kursus Kejururawatan di Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa di Seri Damansara, Selangor.

Pelajar berkenaan bersama 81 peserta lain menyertai program itu bermula pada Rabu lalu dan sepatutnya berakhir petang semalam.

Namun, ketika kumpulan terbabit melakukan satu ujian ketahanan pada pukul 2.30 pagi semalam, mangsa gagal mendaftarkan dirinya di hentian yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Pemangku Supritendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, ujian semangat itu memerlukan para peserta bergerak berseorangan sebelum melaporkan diri di 'check point' yang ditetapkan.

''Jarak antara lokasi permulaan dengan 'check point' pertama ialah sekitar 200 meter. Mangsa yang merupakan peserta ke-15 dilepaskan, gagal melaporkan diri di 'check point' pertama selepas dilepaskan selang seminit seorang.

''Rakannya dan pihak urusetia cuba mencarinya, namun gagal sebelum kehilangannya dilaporkan kepada polis semalam,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Gaffar, biarpun usaha mencari giat dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk polis, bomba dan penyelamat serta penduduk kampung, mangsa masih gagal ditemui.

Tambah beliau, sewaktu hilang, Siti Nor Aishah memakai baju sejuk berwarna merah, seluar putih dan bertudung hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di talian 05-7762222 atau Abdul Gaffar di talian 012-7132719.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.