VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 03/08/2009

Gemilang pesta filem Malaysia

ACARA Festival Filem Malaysia (FFM) yang pertama telah dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) pada tahun 1980.

Berdasarkan direktori industri hiburan, ia merupakan pencetus awal dalam usaha mengiktiraf para karyawan filem di negara ini.

Sebelum itu, tiada anugerah khusus, penuh gemilang, apatah lagi berprestij dalam usaha untuk mengangkat martabat bidang perfileman ke suatu tahap yang semakin memberangsangkan seperti pada masakini.

FFM1 yang berlangsung di Hotel Nirwana, Kuala Lumpur 29 tahun lalu itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed (kini Tun) dengan dihadiri ramai penggiat perfileman terkenal tanah air.

Sepanjang hampir tiga dekad penganjuran FFM, festival itu telah banyak membantu mempertingkatkan mutu serta jumlah penerbitan filem-filem tempatan sehingga ia kini boleh dikategorikan sebagai sebuah industri.

Meskipun EJA sudah lama tidak terbabit dalam penganjuran FFM, tetapi usaha itu tidak pernah terhenti apabila sejak lebih sedekad lalu ia mendapat sokongan serta tajaan daripada kerajaan bagi meneruskan perjuangan tersebut.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan misalnya, sentiasa memberi sokongan padu terhadap penganjuran FFM pada setiap tahun.

Bagi menggerakkan lagi festival itu, Finas sering berganding bahu dengan para penggiat perfileman tanah air dalam penganjurannya dengan menjemput Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) sebagai penganjur bersama festival itu.

Gafim yang menaungi 11 persatuan artis dan karyawan filem dilihat banyak membantu Finas bagi menjayakan FFM termasuklah dengan adanya sokongan daripada Kerajaan Negeri Sabah sebagai tuan rumah pada FFM22 kali ini.

Sepanjang penganjuran FFM, pelbagai tema telah diperkenalkan oleh pihak penganjur selaras dengan keperluan semasa dan objektif industri perfileman yang bukan sahaja sentiasa meningkat tetapi juga trendnya yang berubah-ubah.

Sebagai contohnya, pada FFM17, penganjur telah memilih tema Filem Malaysia Era Globalisasi, FFM20 (Ke Arah Kecemerlangan Filem Malaysia) dan terbaru, FFM22 yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, pada 5 hingga 8 Ogos ini pula dengan tema Filem Malaysia Ke Persada Dunia.

peningkatan

Selain usia penganjuran, tema dan matlamat, FFM yang diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan turut memperlihatkan banyak peningkatan daripada segi jumlah penerbitan serta pencalonan filem-filem pada setiap tahun ia dianjurkan.

Jika dulu tidak sampai sampai 20 filem diterbitkan tetapi dengan adanya Finas selaku badan yang menggalak serta membantu para penggiat perfileman menyaksikan tidak kurang 40 filem diterbitkan pada setiap tahun.

Sementara pada tahun ini pula, lebih 27 filem cereka layak dipertandingkan bersama 94 filem dokumentari, filem pendek dan animasi akan dipertandingkan pada penganjuran kali ini.

Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, peningkatan dalam bidang penerbitan filem di negara ini semakin bertambah dan senario itu membuktikan FFM sangat relevan untuk terus dianjurkan pada masa depan.

"Industri perfileman tanah air bukan sahaja semakin berkembang tetapi ia juga akan merentasi hingga ke peringkat global. Sebab itu tema FFM22 tahun ini iaitu Filem Malaysia Ke Persada Dunia amat sesuai dengan perkembangan yang sedang berlaku pada masakini.

"Selain itu, mulai tahun ini Finas mensasarkan kutipan tiket filem-filem tempatan mampu mencecah lebih RM50 juta pada setiap tahun dan jumlah itu juga dijangka akan terus meningkat pada masa depan," katanya.

Selepas 29 tahun penganjuran FFM, 10 tahun kebelakangan ini turut menyaksikan banyak kategori yang dipertandingkan sebagai usaha untuk mengiktiraf para penggiat perfileman daripada pelbagai bidang.

Antara kategori yang baru diperkenalkan ialah kategori Drama Terbaik, Filem seram Terbaik, Filem Komedi Terbaik, Filem Pendek Terbaik dan Filem Animasi terbaik yang secara tidak langsung menggambarkan industri perfileman tanah air yang semakin berkembang dengan pelbagai genre tersendiri.

FFM22 menyaksikan sebanyak 15 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Perdana, 10 anugerah dalah kategori Anugerah Cipta selain lima Anugerah Khas Juri yang diwujudkan bagi memberi pengiktirafan buat para karyawan filem yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Anugerah yang dipertandingkan menerusi Anugerah Cipta antaranya kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pereka Kostum/Busana Terbaik dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

Finas mahupun kementerian bukan setakat menggalak dan menyokong, malah sejak sekian lama turut memperuntukkan RM2.8 juta termasuk hadiah dan juga kos penganjuran festival filem itu pada tahun ini.

Difahamkan seramai 630 delegasi termasuklah pelakon, pengarah, penerbit dan wakil-wakil media akan dibawa dari Kuala Lumpur bagi memeriahkan FFM2 yang akan berlangsung Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, pada 8 Ogos ini pukul 8.30 malam.

Malam kemuncak festival itu juga dijangka dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Setelah hampir tiga dekad FFM dianjurkan, pembabitan kerajaan dan sokongan padu daripada semua pihak membuktikan bahawa industri perfileman kini bukan sahaja semakin berkembang pesat, tetapi ia juga mengiktiraf FFM sebagai festival filem yang paling berprestij di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.