VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/08/2009

Penerima pingat nikmati elaun 500 peratus

KUALA LUMPUR 31 Julai - Seramai 97 anggota pasukan keselamatan yang dikurniakan pingat kebesaran negara termasuk daripada kerajaan British akan menikmati kenaikan kadar elaun kenangan sehingga 500 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar elaun penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) dinaikkan kepada RM2,000 sebulan berbanding RM400 sebelum ini.

Beliau berkata, elaun kenangan penerima Pingat Gagah Berani (PGB) pula dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,500 sebulan.

Kedua-dua kadar baru tersebut berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.

''Langkah kerajaan menaikkan kadar elaun kenangan ini semata-mata untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka walaupun ia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

''Mereka sanggup berkorban sehingga titisan darah terakhir dan hasilnya kita mengecapi keamanan sehingga saat ini,'' katanya ketika berucap pada majlis Penghargaan Kepada Pahlawan Tanah Air di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Najib berkata, secara keseluruhannya, seramai 86 bekas anggota keselamatan yang dikurniakan pingat S.P dan PGB menerima kadar baru elaun tersebut.

Katanya lagi, kedua-dua pingat berkenaan mula diperkenalkan pada 29 Julai 1960.

Beliau menambah, selain penerima pingat S.P dan PGB, kerajaan juga tidak melupakan anggota-anggota keselamatan yang dikurniakan pingat oleh kerajaan British.

Untuk itu, katanya, kerajaan bersetuju supaya penerima tunggal pingat keberanian kurniaan kerajaan British 'George Cross' iaitu Awang anak Raweng diberi elaun kenangan sebanyak RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, sebelum ini, Awang menerima elaun kenangan sebanyak 100 pound (RM581.37) sebulan daripada kerajaan British.

Kata Perdana Menteri, elaun kenangan sebanyak RM1,500 sebulan juga diberikan kepada penerima pingat "Military Cross" dan "Military Medal" yang pada masa ini, menerima pencen tambahan sebanyak RM76 setahun atau RM6.50 sebulan.

Beliau berkata, seramai 11 bekas anggota keselamatan menerima kadar elaun baru bagi kategori mereka yang dikurniakan pingat daripada kerajaan British.

''Bagi saya kenaikan kadar elaun kenangan ini juga adalah satu manifestasi pengiktirafan dan keprihatinan kerajaan terhadap jasa, pengorbanan dan komitmen jitu mereka dalam memelihara keamanan, ketenteraman awam dan mempertahankan kedaulatan negara.

''Di sini, saya sebagai wakil kerajaan dan rakyat Malaysia seluruhnya amat menghargai jasa dan peranan yang dimainkan oleh pasukan anggota keselamatan dalam memastikan keamanan negara ini terus terjamin,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.