ARKIB : 28/07/2009
Rosmah lancar Kempen Hari Pahlawan 2009

KUALA LUMPUR 27 Julai – Tanggapan masyarakat terhadap Kempen Hari Pahlawan selama ini yang sering dikaitkan dengan program meminta derma atau sedekah perlu diubah.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendekatan yang digunakan selama ini sudah tidak sesuai dengan keadaan zaman sekarang kerana masyarakat tidak mendapat mesej sebenar apa yang ingin disampaikan melalui kempen tersebut.
Justeru, katanya, pendekatan kempen perlu diubah supaya rakyat terus memberi sumbangan kepada Tabung Hari Pahlawan bagi mengenang jasa para pejuang negara mempertahankan tanah air.
“Kerajaan sedar dan insaf tanpa jasa dan pengorbanan mereka sudah tentu kemajuan dan kemakmuran negara yang dinikmati sekarang tidak semudah itu dicapai.
“Oleh itu, kerajaan komited untuk memastikan kebajikan bekas anggota tentera dan keluarga mereka tidak dilupakan atau tersisih daripada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran Kempen Hari Pahlawan 2009 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abdul Ghani.
Rosmah yang juga penaung kempen itu memberitahu Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun adalah bagi mengingati perjuangan dan jasa pahlawan tanah air yang telah berkorban dan berbakti kepada negara.
Sehubungan itu, beliau berharap syarikat-syarikat swasta dan badan korporat serta individu akan terus bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada Tabung Hari Pahlawan.
“Ini merupakan satu komitmen sosial terhadap kebajikan pahlawan negara serta menunjukkan keprihatinan kepada mereka yang telah memberikan keamanan kepada negara,” katanya.
Pada majlis itu, sebanyak RM630,000 sumbangan berjaya dikumpulkan daripada pelbagai agensi antaranya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Affin Bank, Tan Chong Group dan Genting Malaysia.
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Kegemilangan pemerintahan berakhir jika alpa kejayaan dicapai - Raja Nazrin
Tindakan tahan pencetus huru-hara wajar
Parti politik boleh kemuka petisyen bantah PRU-13
AirAsia X kecewakan jemaah
Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
'Mesti tegas bendung ajaran sesat'
Rakyat tidak minat sertai spring
Rosmah mahu Bakti lebih aktif, bantu tingkat imej kepemimpinan negara
Siti Hanisah cipta rekod baharu
7 agensi beruniform perinci tuntutan skim gaji
Kualiti pendidikan di pedalaman dilonjak
Pengusaha kimpalan kereta tawar kemahiran kepada belia Melayu
AIM bantu 90 peratus ahli keluar dari kemiskinan
13 barang kawalan sempena Pesta Kaamatan
Pendidik perlu pantas jayakan PPPM - Musa
Kematian adik saya dapat pembelaan - Zaidah
Ibu Sosilawati puas hati pembunuh dihukum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









