VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 25/07/2009

Lukisan batik kertas warna air


ANTARA lukisan batik atas kertas warna air hasil karya Fauziah Yahya.


MELAKA 24 Julai - Keunikan batik bukan sahaja terletak pada coraknya tetapi juga penggunaan warna yang segar berdasarkan keaslian atau lakarannya yang eksklusif.

Lakaran batik tidak semestinya dilakukan di atas kanvas tetapi batik juga boleh dilukis pada apa jua permukaan.

Kaedah paling unik mengenai lakaran batik ialah apabila ia dilukis di atas kertas warna air tanpa menggunakan lilin.

Lukisan di atas kertas warna air selalunya berbentuk haiwan seperti kucing, gajah, penyu, cicak, rama-rama dan katak.

Bagi peminat lukisan batik berkenaan, mereka kini berpeluang menyaksikan pameran solo Koleksi G karya Fauziah Yahya selama dua bulan yang bermula sejak 17 Julai lalu hingga 27 September ini.

Pameran itu diadakan di Balai Seni Lukis Jalan Laksamana di sini.

Fauziah telah memperkenalkan teknik lukisannya yang tersendiri iaitu melukis di atas kertas warna air tanpa menggunakan lilin.

Dia telah memilih batik sebagai konsep lukisannya yang dinamakan sebagai hiasan permukaan.

Inilah keunikan yang ditampilkan oleh Fauziah, pelukis kelahiran Sungai Petani, Kedah sejak berkecimpung dalam bidang lukisan batik sejak 10 tahun lalu.

Kesemua hasil pameran itu merupakan karya Fauziah sendiri yang menampilkan keunikan batik tetapi berinspirasikan alam sekeliling seperti lukisan gabungan motif tradisional dan haiwan.

Fauziah berkata, pameran itu diadakan bertujuan untuk membantu negara mempromosikan batik bagi pasaran tempatan dan luar negara.

''Mereka di luar sana selalu bertanya mengapa saya memilih binatang untuk digabungkan dengan motif batik?

''Jawapannya adalah kerana saya inginkan kelainan dan hanya dengan cara itu saya mahu tunjukkan kepada masyarakat uniknya melukis di atas kertas air.

"Saya tidak menyangka pada satu ketika dahulu, ada pelancong yang datang berjumpa saya dan ingin membeli hasil karya lukisan saya walaupun harganya tinggi.

''Sudah tentu perasaan saya ketika itu gembira dan apa yang penting saya tahu ada orang di luar sana menghargai hasil lukisan saya ini," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, idea melukis batik di atas kertas warna air tercetus selepas melihat lukisan di permukaan seramik, bingkai gambar, gelas dan tempurung.

"Saya mula terlibat dalam lukisan warna air sejak di bangku sekolah, namun idea menghasilkan lukisan tanpa menggunakan lilin masih baru," ujarnya.

Selain itu, katanya, dia turut menghasilkan kad ucapan dan melukis menggunakan daun getah, kain sutera dan pensel warna.

Di pameran tersebut, Fauziah menampilkan 60 hasil karyanya yang menampilkan pelbagai keunikan.

Antara hasil karya Fauziah yang menarik adalah badan dua ekor gajah yang dipenuhi dengan corak batik.

Bukan sahaja gambar corak batik yang dipadankan bersama haiwan, tetapi terdapat juga lukisan yang bermotifkan pucuk rebung serta tenunan Pua Kumbu dari Sarawak yang telah dimodenkan.

Pemilihan warna yang segar dan moden dapat menarik lagi perhatian pengunjung untuk melihat keunikan karya Fauziah.

Fauziah berkata, sebanyak 10 peratus hasil daripada penjualan lukisan itu akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim.

"Ini adalah niat saya sepanjang saya berkarya. Malah saya berharap agar kerajaan memberikan tumpuan untuk mempopularkan hasil karya berasaskan batik.

"Adalah menjadi impian saya jika hotel dapat menggantungkan hasil karya yang bermotifkan batik di dinding setiap bilik," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.