Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 25/07/2009
EPU kemuka isu tol ke Kabinet

EPU kemuka isu tol ke Kabinet

PETALING JAYA 24 Julai - Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri akan mengemukakan satu cadangan menyeluruh bagi menyelesaikan isu mengenai tol, termasuk menasionalisasikan pengendali tol kepada kerajaan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kajian mendalam ke atas isu itu masih lagi berjalan.

"Ia patut dipertimbangkan oleh Kabinet terlebih dahulu dan sebaik sahaja diluluskan, ia akan diumumkan pada waktu yang sesuai," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Property Incorporated di sini, hari ini.

Nor Mohamed berkata, pada bulan April yang cadangan itu akan diserahkan kepada kerajaan dalam tempoh tiga bulan. Bagaimanapun, ia masih belum diumumkan sehingga sekarang.

EPU dipertanggungjawabkan untuk menyemak kembali semua aspek, termasuk perjanjian yang berkaitan dan kesan ekonomi dalam menggariskan cadangan itu.

Nor Mohamed berkata, pemilihan akan bergantung kepada kepuasan hati kedua-dua rakyat dan kerajaan. - BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN