VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 21/07/2009

KIST-OUMmeterai MoA

BACHOK 20 Julai - Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) memasuki fasa baru apabila memeterai memorandum perjanjian dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bagi menempatkan pelajarnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda kejururawatan.

Presiden KIST, Muhammad Zamly Abdullah berkata, perjanjian tersebut amat penting dalam usaha kolej berkenaan untuk melahirkan modal insan yang berpendidikan tinggi.

Beliau berkata, buat permulaan pihaknya menaja 20 pelajar yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma kejururawatan di kolej berkenaan untuk menyambung pengajian di universiti tersebut.

"Memandangkan negara kita mengalami kekurangan pensyarah dalam bidang kejururawatan, jadi kita mengambil inisiatif untuk melatih lepasan KIST untuk diserap sebagai pensyarah,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian berkenaan di Kampus Ibnu Sina, KIST di sini hari ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.