ARKIB : 21/07/2009
Air pasang besar seluruh negara dijangka bermula hari ini
KOTA KINABALU 20 Julai - Penduduk di kawasan pantai dan sungai diminta berjaga-jaga ekoran fenomena air pasang besar atau air perbani dijangka berlaku selama seminggu bermula esok sehingga 27 Julai di seluruh negara.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, fenomena tersebut berlaku berikutan bulan berada pada jarak terdekat dengan bumi serentak dengan fasa bulan baru.
''Keadaan itu akan menyebabkan paras air meningkat melebihi 10 hingga 20 peratus daripada paras normal, bagaimanapun aras ketinggian air pasang berbeza dari satu lokasi ke satu lokasi lain,'' kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, air pasang esok akan berlaku pada pukul 4.59 pagi dan 5.24 petang di Pelabuhan Klang, 9 pagi di Kota Kinabalu, 4.10 pagi dan 3.16 petang di Kuching, Sarawak.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah, Abdul Malek Tussin berkata, air pasang di seluruh negeri dijangka berlaku antara pukul 10 hingga 11 pagi bermula esok sehingga Khamis.
''Kita bimbang jika air perbani itu disertai ribut mendadak yang terjadi akibat pertembungan peningkatan air laut dengan tiupan angin kencang. Ini akan memburukkan lagi situasi air pasang besar itu," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Sabah, Datuk Marcus Mojikol meminta penduduk yang tinggal di tepi pantai supaya berhati-hati dan mematuhi arahan berpindah.
''Kita harap mereka yang tinggal di kawasan tersebut supaya berjaga-jaga dan kalau boleh segera berpindah jika diminta berbuat demikian," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut dari Kampung Meruntum di Lok Kawi, Kampung Petagas di Putatan dan Kampung Sembulan Baru di sini hari ini.
Maklumat mengenai air perbani itu boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.met.gov.my dan http://www.jupem.gov.my atau hubungi talian 03-29626823/4/5
3 lagi pendaki negara tiba di puncak Everest
12 cemas bumbung masjid runtuh
Omar Kaseh Ketua Pengarah MAMPU baharu
Dua pendaki Everest-Felda berjaya sampai puncak pagi ini
Dalang Lahad Datu diketahui
Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh
Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin
Kerajaan usaha turun caj internet
Ekonomi separuh kedua kukuh
Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK
Tiada campur tangan politik dalam PDRM
Penerbangan AirAsia dikecam
Alasan AirAsia dipertikai pengguna
MAS sahkan Maryam Sofea sihat
Kalimullah pertahan CEO AirAsia X
Wartawan TV3 pertikai penjelasan Tony Fernandes
Kemampuan SIAP dipersoal
SOSMA: Yazid Sufaat, 2 rakan bebas
Memartabat syiar Islam agenda berterusan kerajaan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









