VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 15/07/2009

Kompleks Komuniti Sentul dibuka Oktober

SENTUL 14 Julai - Gelanggang futsal, klinik ibu mengandung dan perpustakaan awam adalah antara kemudahan yang akan dinikmati oleh penduduk Bandar Baru Sentul dan sekitarnya tidak lama lagi.

Semuanya terletak dalam satu pusat setinggi tiga tingkat - Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul yang terletak di Jalan Sentul.

Pusat itu akan turut menempatkan pasar yang terbahagi kepada pasar gerai berkunci sebanyak 47 unit, gerai basah 35 yang kedua-duanya terletak di aras bawah bangunan.

Di tingkat dua pula akan menempatkan 43 unit gerai di medan selera dan 10 unit gerai kuih-muih.

Kemudahan perpustakaan dan lain-lain, termasuk ruang pejabat, terletak di tingkat tiga manakala di aras bawah tanah terdapat tempat meletak kereta.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, pusat berkenaan dijangka mula beroperasi pada Oktober ini.

"Kos pembinaannya ialah sebanyak RM20 juta. Konsep di pusat ini selari dengan matlamat 1Malaysia.

"Ia sebuah kompleks penjaja yang turut dilengkapi semua kemudahan asas termasuk perpustakaan.

"Pusat ini akan menyelesaikan sebahagian besar masalah penjaja di kawasan sekitar sini, dan dalam masa yang sama ia turut memberi peluang kepada belia terlibat dalam aktiviti sukan.

"Penjaja-penjaja dijangka berpindah masuk pada 11 Oktober, selepas hari raya," katanya selepas melawat kompleks berkenaan hari ini.

"Terdapat sebuah ruang besar di sini... saya fikir ia sesuai untuk restoran makanan segera yang akan memberi nilai tambah kepada tempat ini.

"Saya telah menghubungi pihak McDonald's untuk menawarkan mereka tempat berkenaan dan mereka akan datang tengok untuk membuat kajian," katanya.

Mengenai pusat penjaja di tepi jalan berhampiran Perumahan Awam Sri Negeri Sembilan, berhampiran pusat itu, Saravanan berkata, ia akan dijadikan kawasan hijau selepas semua peniaga berpindah.

Tegasnya lagi, selepas ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan bertolak ansur lagi terhadap peniaga haram kerana mereka mempunyai tempat yang lebih baik untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil DBKL, Ramly Othman berkata, pihaknya akan menjalankan undian petak pada 8 Ogos ini.

"Proses memindahkan peniaga sekitar sini ke kompleks ini berjalan lancar. Persatuan peniaga memberikan kerjasama yang sangat baik dan mereka gembira dengan kemudahan di sini.

"Sepatutnya mereka berpindah lebih awal tetapi memandangkan bulan puasa sudah dekat, peniaga Melayu bimbang perniagaan mereka akan terjejas.

"DBKL memahami kebimbangan mereka dan kami membuat keputusan proses berpindah masuk dijalankan pada 11 Oktober.

"Bagi mempromosi tempat ini lebih awal, DBKL akan bekerjasama dengan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk menjual buah-buahan tempatan termasuk durian di sini pada minggu depan," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Arkitek, Abdul Rahman Abdullah berkata, kompleks yang mula dibina pada penghujung 2002 itu telah mendapat sijil layak menduduki pada Februari lalu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.