Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 10/07/2009
Rayuan hukuman rakyat Malaysia kerana menyeludup kokaine ditolak

Rayuan hukuman rakyat Malaysia kerana menyeludup kokaine ditolak

10/07/2009 3:35pm

MELBOURNE 10 Julai — Mahkamah Rayuan Brisbane, Australia menolak rayuan untuk menangguhkan hukuman seorang wanita rakyat Malaysia yang dihukum penjara lapan tahun kerana menyeludup kokaine ke Australia.

Ramia binti Jimson, 46, menjalani hukuman penjara itu pada Februari setelah mengaku bersalah di Mahkamah Agung Brisbane kerana kesalahan mengimport kokaine itu, menurut laporan the Australian Associated Press (AAP).

Mahkamah itu memberitahu Ramia ditangkap oleh para pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada 3 Mac tahun lepas sebaik tiba dari Brazil.

Para pegawai kastam itu menemui dua kilogram kokaine bernilai kira-kira A$2 juta yang disembunyikan di beg pakaiannya, yang bawahnya telah diubahsuai dengan pelapik palsu.

Mahkamah diberitahu bahawa Ramia diminta oleh seorang kawan di Brazil untuk membawa kokaine tersebut dan dia akan diberi AS$2,000 kerana peranannya itu. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN