VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 08/07/2009

Citra Terengganu: 2 menang karya spontan


Za'abar Mohd. Adib (berdiri, empat dari kiri) bersama pemenang pertandingan melukis Citra Terengganu 2009 di Kompleks Muzium Negeri, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 7 Julai - Dua peserta dipilih menerima hadiah kedua (kategori 1 karya spontan) dalam pertandingan melukis Citra Terengganu 2009 anjuran Lembaga Muzium Negeri.

Bagaimanapun tiada pemenang pertama dalam pertandingan tersebut.

Mereka ialah Nazli Hamzah dengan karya bertajuk Pembunuhan Megat Panji Alam - Adaptasi Dari Versi Hikayat Hang Tuah manakala seorang lagi Suhaidi Razi dengan karya The Rising Of The Black Empire 11.

Dengan kemenangan itu mereka berdua menggondol wang tunai RM7,000 dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga disandang Noraziah Mohamad dengan karya bertajuk Kronologi Batu Bersurat menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil penyertaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib menyampaikan hadiah kepada pemenang di Muzium Negeri, di sini, petang semalam.

Bagi anugerah juri khas pula Nasibah Muhamad mengondol wang tunai sebanyak RM3,000 dengan karya Memahat Sejarah Mencipta Tamadun.

Sementara itu bagi kagetori karya spontan pula Ismail Awi dengan tajukEvening In Seberang Takir menerima wang tunai RM5,000.

Tempat kedua Ahmad Abdul Ghawi dengan tajuk Galeri 3 menerima wang tunai RM3,000 manakala ketiga oleh Syahiezuan Ahmad Rosli dengan tajuk Menyulam Warisan menerima wang tunai RM2,000.

Sementara itu Pengarah Muzium Negeri, Mohd Yusof Abdullah berkata, kesemua karya pelukis melahirkan idea-idea berani dengan mengenengahkan karya baru dalam menceritakan sesuatu peristiwa yang berlaku di dalam persejarahan Negeri Terengganu.

Katanya, hasil karya menghadirkan lontaran sejarah yang menarik.

Setiap pelukis berjaya merakamkan sesuatu peristiwa dengan baik, namun begitu ada karya yang tidak menepati fakta sejarah.

''Pemilihan hasil karya dilakukan secara terperinci dengan melihat daripada pelbagai sudut termasuk penggunaan warna, pencahayaan, ketepatan fakta sejarah yang dikemukakan dan sebagainya,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.