VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 04/07/2009

5,304 rumah kos rendah dan sederhana

NUSAJAYA 3 Julai - Sebanyak 5,304 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina pada tahun lalu sehingga kini dengan 3,181 daripadanya adalah lot bumiputera.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, bagi kategori rumah kos sederhana dan tinggi serta rumah kedai pula sebanyak 11,029 unit dibina dalam tempoh sama.

Katanya, jumlah peruntukan unit bumiputera pula adalah 3,599 unit atau 32.63 peratus.

"Bagi kategori kos rendah dan sederhana rendah, Johor Bahru mencatat jumlah tertinggi iaitu 3,295 unit begitu juga dengan rumah kos sederhana dan tinggi serta rumah kedai yang mencatat jumlah sebanyak 7,246 unit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Osman Sapian (BN-Kempas) dan Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman (BN-Machap) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Ahmad Zahri menambah, sebanyak 5,530 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah gagal dibina pemaju dari 2005 hingga 2008.

Katanya, Johor Bahru mencatatkan 2,004 unit, Kulaijaya (266), Muar (363), Batu Pahat (1,110), Kluang (1,386), Yong Peng (311) dan Segamat (90).

Beliau berkata, berikutan peningkatan kos pembangunan perumahan yang tinggi buat masa kini, kerajaan akan mengkaji dasar perumahan sedia ada bagi membantu mengatasi masalah berkaitan pembangunan perumahan di negeri ini.

"Kerajaan negeri juga mengarahkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) meneliti keberkesanan dasar penyediaan rumah kos rendah sedia ada bagi tujuan penambahbaikan," katanya.

Kajian yang akan dilakukan, kata Ahmad Zahri, meliputi kajian permintaan dan penawaran rumah kos rendah, spesifikasi rumah kos rendah yang sesuai untuk didiami, penubuhan satu badan khas memantau industri perumahan negeri serta pindaan dasar sedia ada sekiranya perlu.

Kajian itu, katanya dijangka selesai Ogos ini dan akan menjadi pendekatan terbaik bagi kerajaan negeri menyediakan dasar yang lebih praktikal serta realistik berteraskan konsep menang-menang antara pemaju dan pembeli.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.