ARKIB : 01/07/2009
Pembangkang sambut baik pengumuman Najib
KUALA LUMPUR 30 Jun - Pakatan pembangkang menyambut baik keputusan kerajaan meningkatkan had pegangan saham asing di dalam syarikat broker saham sedia ada daripada 49 peratus pada masa ini kepada 70 peratus.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan kerajaan itu dilihat mampu memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
"Langkah tersebut mampu menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di negara ini apabila pasaran ekonomi kita lebih terbuka sekali gus berpeluang memacu pertumbuhan ekonomi negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan had pegangan saham asing di dalam syarikat broker saham sedia ada akan ditingkatkan kepada 70 peratus daripada 49 peratus pada masa ini dalam usaha meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai satu destinasi penyenaraian dan pelaburan.
Najib turut mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta merta, garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang meliputi pengambilalihan kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan dimansuhkan tanpa diganti dengan garis panduan baharu.
Tambah Perdana Menteri, FIC tidak lagi akan memproses sebarang transaksi saham atau mengenakan syarat ekuiti ke atas transaksi sedemikian.
Katanya, pemilikan di dalam segmen pemborongan industri pengurusan dana akan juga diliberalisasi sepenuhnya untuk membolehkan 100 peratus pemilikan asing bagi syarikat pengurusan dana yang layak dan utama bagi menubuhkan operasi di Malaysia.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa satu institusi pelaburan baru yang dinamakan Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) akan diwujudkan sebagai satu dana ekuiti swasta, dengan modal berbayar RM500 juta.
Menurut Anwar, beliau bagaimanapun berharap inisiatif kerajaan itu akan mengambil kira faktor keadilan sosial iaitu memastikan kepentingan semua lapisan masyarakat di negara ini terjamin.
"Saya harap kerajaan dapat melaksanakan inisiatif ini dengan telus kerana kita tidak mahu golongan sederhana dan miskin di luar bandar dipinggirkan," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, inisiatif liberalisasi kerajaan tersebut tidak harus dilihat dari perspektif perkauman kerana ia memberi peluang dan ruang yang luas kepada semua kaum melibatkan diri dalam sektor ekonomi negara.
"Saya berharap penubuhan Ekuinas akan mencapai matlamat yang diharapkan dan benar-benar sampai kepada sasarannya terutama dalam merangsang pertumbuhan sektor industri kecil dan sederhana (PKS)
"Sudah tiba masanya untuk golongan bumiputera bangun dan merebut peluang bagi mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka dalam usaha membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Pendaki wanita termuda tawan Everest
Adam Adli didakwa di Mahkamah Sesyen
Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain
Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Noh akui gagal bantu Barisan Nasional tawan semula Selangor
Pusat media festival dirasmi
Elak ke kawasan rekreasi berisiko
Lata Bayu ditutup sementara waktu
Simbol perpaduan UMNO-Pas
Sunni, Syiah usah berbalah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









