ARKIB : 01/07/2009
Tidak jejas ekuiti bumiputera
PARIS 30 Jun - Kerajaan memberi jaminan penghapusan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) tidak akan menjejaskan pegangan ekuiti golongan bumiputera dalam jangka panjang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sebaliknya bertujuan membolehkan negara terus bersaing bagi mendapatkan modal yang semakin sukar akibat krisis ekonomi dari seluruh dunia.
Tegas beliau, sejak dilaksanakan 16 tahun lalu, FIC didapati gagal meningkatkan ekuiti bumiputera yang beku pada takat 19 peratus malah jika dinilai mengikut pasaran sekarang, jumlahnya sangat rendah.
"Jadi dalam keadaan dunia bersaing untuk dapatkan modal, dan modal menjadi sukar kerana ekonomi teruk, kalau Malaysia tak berubah, tak berani, kita akan ke belakang dan kek ekonomi tak ke mana, tak boleh agih lebih," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa garis panduan FIC yang diwujudkan sejak sekian lama dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.
Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih malah mulai hari ini, FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat bagi transaksi tersebut.
Muhyiddin menjelaskan, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet secara mendalam malah pimpinan parti juga telah diberi peluang beri pandangan.
"Ia telah diluluskan pimpinan parti dan Kabinet kerana langkah yang diumumkan itu perlu untuk meningkatkan lagi proses pertumbuhan ekonomi," katanya.
Menurutnya, sebelum ia diumumkan, banyak pihak mengatakan ia merupakan satu halangan terhadap pelaburan kerana banyak pelabur mendapati Malaysia bukan bukan destinasi pelaburan kerana sekatan tersebut.
"Jumlah ekuiti bumiputera berhenti setakat 19 peratus sahaja. Jadi tanggapan ia memberikan faedah untuk melindungi kepentingan bumiputera pun tak dapat tetapi gambarannya seolah-olah sekatan untuk pelabur asing di sini adalah untuk melindungi bumiputera. Realiti tak begitu," katanya.
Mengenai penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal RM500 juta beliau berkata, ia bertujuan mengambil langkah bersepadu bagi meningkatkan ekuiti bumiputera.
"Jelas langkah sebelum ini tidak berkesan kerana saham diagih kepada bumiputera 90 peratus dijual, ia tak dikembang.
''Dengan terbentuknya Ekuinas ini, mekanisme lebih baik untuk memastikan penyertaan bumiputera dapat dilakukan secara lebih mantap dan ketirisan dapat dihapuskan," katanya. - Utusan
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Bantu NGO kucing
Perkim kaji semula perlembagaannya
Jangan percaya harga barang naik
Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum
Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









