VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 30/06/2009

Menghapus bebola minyak


Rusminah Abdul Hamid bangga menunjukkan produk sendirinya iaitu set membuang tahi lalat.


CUBA anda raba di tepi mata atau di bawah leher. Mungkin anda akan perasan terdapat biji-biji kecil atau bagi sesetengah orang dipanggil kutil. Hendak dikatakan jerawat bukan pula kerana jerawat akan kering dan tertanggal. Tetapi yang ini terus kekal dan kemungkinan boleh membesar.

Kutil, bebola minyak atau tahi lalat hidup, boleh membesar jika tidak dibuang segera atau dirawat. Kadang-kala ini boleh mencacatkan penampilan. Bedak yang disapu pada wajah mungkin dapat menutup untuk sementara waktu sahaja. Apabila wajah dibersihkan ia kelihatan begitu ketara.

Masalah yang merunsingkan sesetengah wanita ini menyedarkan Rusminah Abdul Hamid bagi mengeluarkan satu produk yang boleh menghilangkan kutil, bebola minyak dan tahi lalat hidup.

Kata Rusminah yang telah 25 tahun melibatkan diri dengan bidang kecantikan, set membuang tahi lalat yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Klasik Indah dibuat khusus bagi membantu wanita yang menghadapi ketiga-tiga masalah di atas.

"Masalah kutil dan bebola minyak biasanya dihadapi oleh wanita yang berumur 35 tahun ke atas berpunca daripada pemakanan, masalah kesihatan dan tidur yang tidak mencukupi.

"Manakala tahi lalat biasanya sudah ada pada seseorang sejak mereka kecil dan mungkin bertambah besar mengikut usia. Kutil jika dibiarkan lama akan berubah menjadi hitam dan mencacatkan penampilan,'' katanya.

Menurutnya lagi, getah gajus yang digunakan bagi membuat produk ini diketahui sejak zaman dulu lagi mampu membantu menghilangkan kutil dan bebola minyak.

"Nenek dan mak kita dahulu menggunakan getah gajus bagi menghilangkan kutil dan ia memang berkesan. Justeru saya turut menggunakan bahan ini bagi membuat produk terbaru saya ini. Jadi pengguna tidaklah perlu membuat laser atau pembedahan kecil bagi membuangnya.

"Terdapat tiga produk dalam set membuang tahi lalat ini, iaitu Treatment Toner, Removing Mole Cream dan Repair Cream. Cara penggunaannya pun mudah dan ringkas sahaja dan dalam masa tiga hingga empat belas hari, kutil dan bebola minyak akan jatuh sendiri,'' katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah kutil, bebola minyak, tahi lalat hidup dan resdung menggunakan produk ini, Rusminah boleh dihubungi pada talian 019-2130720.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.