Najib jemput Obama lawat Malaysia
Najib jemput Obama lawat Malaysia
28/06/2009 12:24pm
KUALA LUMPUR 28 Jun Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia.
Perdana Menteri memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam.
Dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my, Najib berkata bahawa semasa lawatan itu, Obama akan dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia.
Dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini, Obama telah menyatakan bahawa beliau mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif.
Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dari 9.12 malam pada Jumaat.
BERNAMA