ARKIB : 28/06/2009
Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik
KUALA LUMPUR 28 Jun — Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara bertambah baik dengan bilangan kawasan yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik meningkat berbanding petang semalam.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya memaklumkan bahawa sehingga pukul 11 pagi ini, 70 peratus atau 36 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU baik manakala 20 peratus lagi (15 kawasan) mencatat indeks udara sederhana.
Semalam catatan IPU menunjukkan 30 kawasan (58 peratus) mencatatkan udara baik manakala 21 kawasan (41 peratus) lagi mencatat indeks udara sederhana.
Kawasan yang merekodkan catatan IPU baik sehingga pukul 11 pagi ini termasuk di Johor - Kota Tinggi dan Larkin Lama masing-masing menunjukkan catatan IPU 46, Kedah - Bakar Arang, Sungai Petani (34) dan Langkawi (26), Melaka iaitu di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai masing-masing 37, Negeri Sembilan - Port Dickson (50) dan Seremban (45), Pahang iaitu di Jerantut (27), di Perai, Pulau Pinang pula merekodkan indeks udara baik iaitu 48, dan di Sabah - Tawau (33), Keningau (37) dan Kota Kinabalu (27).
Antara kawasan yang masih di peringkat kualiti udara sederhana termasuk Pasir Gudang (68) dan Muar (59), Johor, Nilai, Negeri Sembilan (53), di Perak - Taiping (54) dan Seri Manjung (56) dan di Seberang Jaya 2, Perai Pulau Pinang pula merekodkan bacaan indeks 54.
Di Selangor pula, tiga kawasan menunjukkan kualiti udara sederhana iaitu di Pelabuhan Kelang (59), Shah Alam (52) dan Kuala Selangor (67) manakala Cheras, Kuala Lumpur pula menunjukkan catatan bacaan indeks sederhana iaitu 52.
— BERNAMA
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









