Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
SUKAN

ARKIB : 28/06/2009
Pesta malam Malaysia

Pesta malam Malaysia


CHIN Eei Hui dan Wong Pei Tty (depan) tidak menghadapi masalah untuk membenam Frances Lui-Vanessa Neo dengan 21-10, 21-9 di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, semalam. - mingguan/NasirruddinYazid


JOHOR BAHRU - Benar seperti yang dijangka, Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menerajui kemaraan barisan pemain pilihan untuk beraksi di gelanggang akhir Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia di sini, semalam.

Namun jangkaan untuk melihat Juara Terbuka Indonesia itu berentap dengan pemain veteran negara, Wong Choong Hann yang juga pemain pilihan ke lapan kejohanan ternyata meleset.

Chong Wei dengan mudah menewaskan pemain Hong Kong, Hu Yun dengan 21-9, 21-8 manakala Choong Hann pula tersungkur di tangan pemain remaja China, Cheng Long dengan 10-21, 16-21.

Kemenangan Chong Wee sekali gus melayakkan dia untuk bertemu buat kali kedua dengan juara remaja dunia dan Asia itu.

"Saya langsung tidak menyangka bahawa saya boleh menang mudah untuk perlawanan kali ini," kata Chong Wei.

Mengulas pertemuan hari ini, Chong Wei berkata, Cheng Long adalah seorang pemain pelapis yang jarang membuat kesilapan.

"Saya pernah kalah dengan dia semasa Kejohanan Badminton Terbuka India Mac lalu selepas mengalami keracunan makanan namun untuk pertemuan kali ini saya akan berusaha untuk mempamerkan aksi yang cemerlang.

"Jangan sesekali terlalu yakin dengan kemampuan sendiri dan memandang rendah kepada kemampuan lawan," katanya lagi.

Turut mengiringi Chong Wei ke pusingan akhir ialah pasangan beregu wanita, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang tidak menghadapi sebarang masalah untuk membenam cabaran pasangan dari Singapura, Frances Lui-Vanessa Neo dengan 21-10, 21-9.

Kemenangan tersebut membolehkan mereka untuk bertemu beregu dari China, Ma Jin-Wang Xiaoli yang sebelum ini mengalahkan rakan senegara Goa Ling-Wei Yili, 21-13, 21-14.

Sementara itu, beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut berjaya mengalahkan pasangan dari Indonesia, Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan selepas bergelut di set penentuan 21-13, 17-21, 21-11.

Mereka akan bertemu dengan rakan senegara Gan Teik Chai-Tan Bin Shen pada slot akhir selepas pasangan itu berjaya mengalahkan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong yang juga rakan senegara dengan 21-11, 21-15.

Namun, sandaran negara kepada ratu badminton, Wong Mew Choo nyata tersasar apabila pemain pilihan kedua kejohanan itu gagal meneruskan cabaran selepas tumpas di tangan jaguh China, Wang Xin dengan 18-21, 14-21.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN