|
KUALA KRAI 27 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menyalahkan UMNO yang dianggap menjadi punca persengketaan yang menjejaskan perpaduan umat Islam di negara ini.
Beliau mendakwa, persengketaan yang wujud di kalangan umat Islam di negara ini bukannya dicetuskan oleh Pas sebaliknya UMNO yang harus bertanggungjawab.
``Kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir),'' katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai di Padang Awam Manek Urai Lama dekat sini malam tadi.
- Utusan
IKLAN@UTUSAN
|