VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 25/06/2009

Minat pelihara haiwan eksotik


Brian Wong bersama dua ekor burung kakaktua di ABC Pets Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak.


IPOH 24 Jun - Haiwan eksotik merupakan binatang yang sukar ditemui dan jarang sekali dibela sebagai binatang peliharaan di rumah seperti kucing, anjing dan ikan.

Begitupun, minat untuk membela binatang eksotik semakin meningkat dalam kalangan masyarakat kerana keunikannya dan memiliki haiwan tersebut memberi satu kepuasan serta kemegahan kepada si pemilik.

Ini kerana makhluk itu bukan sahaja cantik dan sukar ditemui, malah harganya pula boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Antara haiwan eksotik yang banyak dibela adalah spesies burung kakaktua, biawak iguana, monyet, ular dan tikus hamster.

Walaupun dikategorikan sebagai spesies dilindungi, beberapa spesies haiwan eksotik banyak dibiak oleh penternak dan dijual di kedai-kedai binatang peliharaan.

Salah sebuah kedai yang menjual haiwan eksotik di bandar raya ini adalah ABC Pets Sdn. Bhd. (ABC Pets) di Jalan Garden East yang terletak berhampiran dengan Hotel Grand View.

Di kedai tersebut terdapat banyak spesies haiwan eksotik dan antara yang menarik adalah green wing macaw dan sulfur crested cockatoo dari sub spesies burung kakaktua.

Burung green wing macaw itu dijual pada harga RM12,000 seekor manakala Sulfur Crested Cockatoo dijual pada harga RM3,800 seekor.

Pemilik kedai tersebut, Brian Wong, 38, berkata, burung green wing macaw itu diimport dari pembiak di Amerika Selatan manakala sulfur crested cockatoo dari Australia.

Katanya, walaupun harganya mahal, burung kakaktua mempunyai peminatnya tersendiri kerana kemampuannya untuk meniru percakapan manusia dan membuat aksi.

''Burung ini kalau dilatih dengan baik mampu mempunyai daya pemikiran seperti kanak-kanak berusia lima tahun," katanya.

Brian berkata, spesies kakaktua paling laris dijual adalah dari jenis lovebird yang terdiri dari sub spesies fisher, masked dan peachfaced serta spesies Budgie.

''Spesies lovebird biasanya dijual pada harga RM150 seekor manakala Budgie pula di bawah RM30 seekor. Burung ini juga boleh dilatih tetapi tidak boleh meniru percakapan manusia," katanya.

Menurut Brian, kebanyakan spesies kakatua memerlukan lesen dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kecuali Budgie.

''Ada kedai menjual burung kakatua yang diseludup pada harga lebih murah tetapi pembeli akan menghadapi masalah kerana tidak boleh memohon lesen daripada Jabatan Perhilitan," katanya.

Selain spesies burung kakaktua, satu lagi haiwan eksotik menarik yang terdapat di ABC Pets adalah Marmoset dari spesies monyet kecil yang berasal dari Timur Laut Brazil di benua Amerika Selatan.

Brian berkata, monyet kecil yang sukar ditemui itu mempunyai ketinggian sekitar 20 sentimeter sahaja dan kelihatan seperti manusia kecil.

''Tidak susah untuk membela Marmoset kerana ia jinak dan makan serangga seperti ulat serta buah-buahan," katanya.

Turut dijual di ABC Pets adalah spesies ular sawa albino burmese pada harga RM1,900 seekor dan albino corsnake (RM850) serta spesies biawak 'Bearded Dragon' (RM1,200) dan iguana hijau pada harga RM280 seekor.

Orang ramai yang berminat untuk berjinak-jinak dengan hobi membela haiwan eksotik boleh mengunjungi ABC Pets di alamat No. 25, Jalan Perajurit, Ipoh Garden East atau hubungi talian 05-5459623 untuk maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.