VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 24/06/2009

Doktrin pengasingan kuasa wujud, berkesan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Doktrin pengasingan kuasa yang melibatkan tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman masih wujud malah pelaksanaannya berkesan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengasingan kuasa itu yang menyebabkan kes-kes yang dijalankan di mahkamah tidak akan dicampuri oleh pihak lain dan terdapat juga kes yang sememangnya tidak memihak kepada eksekutif.

"Kita tahu bahawa kehakiman dan eksekutif adalah asing dan sesetengah keputusan itu dibuat tidak semestinya mengikut apa yang dikehendaki oleh eksekutif, maka dengan itu kita terpaksa menggunakan rang undang-undang untuk menentukan keputusan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Karpal mahukan penjelasan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 memutuskan bahawa doktrin pengasingan kuasa tidak berlaku di negara ini.

Terdahulu, Mohamed Nazri ditanya oleh Nurul Izzah Anwar (PKR- Lembah Pantai) mengenai rasional meletakkan hakim-hakim Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di bawah kuasa Pejabat Peguam Negara.

Mohamed Nazri berkata, ia terletak di bawah tanggungjawab Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab mentadbir mahkamah di seluruh negara merangkumi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah (Majistret dan Sesyen).

"Semua Majistret dan Hakim Mahkamah Sesyen yang dilantik adalah anggota Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman," kata beliau.

Katanya, pelantikan Majistret di Wilayah Persekutuan pula adalah melalui Yang di-Pertuan Agong manakala di negeri lain, mereka dilantik oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri atas syor Ketua Hakim Negara.

Menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai faktor tidak ramai peguam berkualiti menyertai badan kehakiman, beliau menjelaskan, faktor utama yang dikesan oleh kementerian selama bertahun-tahun ialah berpunca daripada gaji yang dianggap rendah dalam badan kehakiman berbanding dengan swasta.

"Mengikut pelarasan gaji baru-baru ini, gaji sebulan Hakim Mahkamah Tinggi ialah antara RM13,000 dan RM17,000, gaji Hakim Mahkamah Rayuan pula antara RM13,600 dan RM18,500, manakala gaji Ketua Hakim Negara sebanyak RM25,000 ," katanya.

Bagaimanapun, Nazri memberitahu, kerajaan melalui kementerian dan Ketua Hakim Negara telah bersetuju untuk mewujudkan skim sementara dengan menggalakkan pengamal undang-undang menyertai badan kehakiman bagi tempoh dua tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.