VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 20/06/2009

Kuih tradisional masak cara tradisi


KUIH bingka yang dimasak Khatijah secara tradisional di Kampung Balok Pantai, Kuantan, Pahang. - utusan/Rushdi Salleh


KUANTAN 19 Jun - Biarpun kebanjiran pelbagai jenis peralatan moden dalam menghasilkan kuih-kuih tradisional, ia tidak sedikit pun mengubah pendirian seorang warga emas untuk menghasilkan kuih-muih dengan cara tersendiri.

Khatijah Ali, 57, atau lebih dikenali dengan panggilan Chik Ngah oleh penduduk Kampung Balok Pantai di sini, lebih selesa menggunakan kayu-kayu yang dikumpul di sekitar kampung untuk membakar kuih-kuih tradisional buatannya.

Walaupun terpaksa menahan pedih mata akibat asap dan habuk semasa menghidupkan api untuk menghasilkan bara bagi membakar kuih seperti kuih bakar, bingka dan akok, ia tidak sekali-kali melunturkan semangat saya.

"Biar panas, pedih mata atau apa sahaja, semuanya bukan halangan bagi saya untuk menghasilkan kuih-kuih ini.

"Dalam pedih-pedih mata, jangan tak percaya, saya pernah mendapat tempahan sehingga 500 biji kuih sehari kerana rasanya lebih sedap dan bau kuih harum," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di gerainya baru-baru ini.

Chik Ngah lebih selesa mengumpul kayu-kayu terbuang atau membelinya untuk membakar kuih tersebut daripada menggunakan peralatan elektrik kerana menurut petua arwah ibunya, Siah Mat.

"Memang mudah masak guna pembakar elektrik tetapi rasa dan baunya memang berbeza.

"Pesan arwah ibu memang betul. Bila kita bakar cara tradisi, rasa kuih yang dihasilkan lebih sedap dan baunya juga lebih wangi," ujarnya.

Tambahnya, keunikan dan keenakan rasa kuih-muih buatannya turut diakui oleh para pelanggan sehingga membuatkan dia bertekad meneruskan cara tersebut dalam menghasilkan kuih-kuih kebanggaan masyarakat Pantai Timur ini.

Sementara itu, cucu Chik Ngah, Nurain Suhaimi, 18, yang baru saja tamat persekolahan mula menunjukkan minat mendalam untuk meneruskan usaha neneknya itu dalam membuat kuih tradisi tersebut.

Chik Ngah sendiri tidak menyangka Nurain berminat untuk meneruskan usahanya kerana anaknya sendiri tidak pernah menunjukkan minat sedemikian.

"Ingatkan anak-anak yang akan ikut jejak saya buat kuih ini tetapi semuanya tidak berminat.

"Akhirnya yang menunjukkan minat ialah cucu saya yang sulung ni, Nurain. Sekarang kalau kuih akok, dia yang akan buat," jelasnya.

Nurain ketika ditemui berkata, dia sememangnya sukakan kuih-kuih tradisional seperti akok dan bingka yang sering dibuat oleh neneknya secara tradisional.

"Dulu, saya selalu makan saja bila tengok nenek buat untuk dijual. Selepas itu timbul minat untuk mencuba membuatnya sendiri.

"Sejak itu, saya sudah boleh melakukannya (buat kuih akok) sendiri tanpa bantuan nenek lagi," ujarnya yang berhasrat meningkatkan lagi kemahirannya dalam membuat kuih tradisional itu.

Nurain yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah di sini, turut melahirkan hasrat untuk mengkomersialkan kuih tersebut pada suatu masa nanti.

Jelasnya, ketika ini usaha untuk mengkomersialkan kuih-kuih tradisional tersebut masih kurang diterokai, sedangkan pasaran sebenarnya tidak terhad di kawasan kampung-kampung sahaja.

Keadaan itu, katanya wujud disebabkan pertambahan dan penghijrahan penduduk pada hari ini.

"Sebenarnya permintaan untuk kuih-kuih tradisional ini bukan lagi terhad di kampung-kampung. Semakin ramai orang kampung khususnya golongan belia yang berhijrah ke bandar-bandar.

"Sungguhpun telah berhijrah dan melalui perubahan gaya hidup, tetapi mereka sebenarnya tidak melupakan kuih-kuih tradisional ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.