VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 17/06/2009

Galeri untuk semua wanita


Kebaya bersulam yang digayakan bersama kain sarung batik daripada Noor Arfa Batik.


GALERI wanita di KL Sogo kini berwajah baru. Ruang hiasan yang menarik, terang dan kontemporari, sudah pasti memenuhi setiap kehendak golongan wanita.

Pelbagai label fesyen terkenal boleh didapati seperti Polo, Cottonshop, Cottonfield, Valentino Creation, URS, Arrow, Biem, Arthur Yen, Ecesis, Young Hearts, URS & Inc, Lewre, Elle Shoes dan sebagainya.

Bagi memudahkan pelanggan mencari barangan atau fesyen yang dikehendaki, lapan segmen berbeza disediakan di galeri ini. Sama ada anda ingin mencari pakaian santai, ke pejabat, eksekutif, baju kurung, kebaya, denim, skirt, baju tidur, pakaian dalam, kasut dan sebagainya, semuanya ada di bawah satu bumbung.

Anda juga boleh mendapatkan koleksi eksklusif pakaian pejabat daripada pereka fesyen terkenal Carven Ong. Jika ingin mendapatkan batik, Noor Arfa yang dikenali dengan batik lukisan tangan mempunyai banyak pilihan.

Wanita yang bertubuh besar kini tidak perlu lagi bersusah payah mencari gedung yang menjual pakaian bersaiz besar kerana Galeri Wanita KL Sogo kini mempunyai jenama saiz besar seperti Ms Read, Erica dan X'Tent.

Pada majlis pelancaran Galeri Wanita yang diadakan di tingkat satu KL Sogo baru-baru ini, tetamu berkesempatan menyaksikan satu pertunjukan fesyen jenama-jenama pakaian yang terdapat di galeri ini.

Di antara yang diperagakan ialah fesyen ke pejabat, santai, kasual, majlis malam dan kurung serta kebaya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.