|
KUALA LUMPUR 16 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat Zainab Likam, isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Pulau Manis, Khairuddin Mahmud di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur di sini.
Zainab, 49, dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas untuk rawatan lanjut kerana menghidap darah beku dalam otak.
Najib, yang tiba pada 11 pagi, sempat bertanyakan khabar dan berbual dengan Khairuddin mengenai keadaan isterinya. Pulau Manis terletak dalam kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh Najib.
Beliau juga sempat beramah mesra dengan beberapa pesakit lain sebelum berangkat pulang.
Khairuddin berkata isterinya mengadu sakit kepala dan pening ketika menghadiri program anak angkat anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kawasan Pulau Manis dua minggu lepas.
- BERNAMA
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|