VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 15/06/2009

Perang di semenanjung Korea

penunjuk perasaan di Korea Selatan membakar bendera Korea Utara semasa mengadakan tunjuk perasaan sempena ulang tahun kesembilan tamatnya sidang kemuncak antara bekas Presiden Korea Selatan, Kim Dae-Jung dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il di hadapan kediaman Kim Dae-Jung di Seoul, semalam. - AP


SEOUL 14 Jun - Rejim komunis Korea Utara mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku perang nuklear di semenanjung Korea, di samping berikrar meningkatkan program pembuatan bom atomnya dalam mengingkari sekatan-sekatan baru Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam satu ulasan yang disiarkan akhbar mingguan Tongil Sinbo semalam, Amerika Syarikat (AS) telah menempatkan senjata nuklear yang banyak di Korea Selatan dan Jepun, yang didakwa akan digunakan terhadap Korea Utara.

Ulasan itu menyebut, 'Korea Utara kini berada dalam julat serangan nuklear AS dan semenanjung Korea akan menjadi satu lokasi dengan peluang paling tinggi berlakunya perang nuklear di dunia'.

Keingkaran Korea Utara turut memberikan tamparan kepada Presiden AS, Barack Obama, ketika beliau bersiap sedia untuk mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya di Korea Selatan pada Selasa ini berhubung program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Panggilan yang dibuat kepada pemerintah tentera AS di Seoul hari ini bagi mendapat ulasan lanjut bagaimanapun tidak dijawab.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Korea Utara melaporkan, pihaknya sedang melaksanakan program pengayaan uranium sebagai tambahan kepada program berasaskan plutonium.

Dua bahan radio aktif itu merupakan bahan utama dalam pembuatan bom atom.

Menurut Korea Utara, program nuklearnya juga adalah satu pencegahan terhadap AS, yang sering dianggap merancang untuk menggulingkan rejim tersebut.

Washington yang mempunyai 28,500 tentera di Korea Selatan berulangkali menafikan dakwaan tersebut. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.