|
ARKIB : 15/06/2009 ‘Sanggup gadai agama, bangsa’IPOH 14 Jun – Gagasan Melayu Perak (GMP) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjual dan menggadai apa sahaja termasuk maruah agama, bangsa dan negara semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri. Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia juga jelas menunjukkan bahawa Anwar sebagai seorang pemimpin yang sudah tenggelam punca apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang. “Kalau boleh kita tafsir kenyataan itu jelas dan nyata ia adalah untuk kepentingan politik peribadinya untuk meraih sokongan orang bukan Melayu khasnya kaum Cina. “Dia tahu seluruh orang Melayu menentang kemasukan Chin Peng dan tahu perasaan bekas-bekas perajurit negara, tetapi dia tetap juga buat kenyataan seumpama itu. “Anwar adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan maruah bangsa, negara dan agama demi kepentingan politik peribadinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Perpaduan Melayu kunci keharmonian rakyat Malaysia
TPM gesa sektor korporat tubuh yayasan bantu golongan susah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu mahu Abdul Taib kekal Pelajar kita selamat 'Aidilfitri tiada erti buat kami' Rakyat perlu fahami proses perundangan negara Pemangku Raja Kelantan tidak bida DBQ 1 Sukan sumber pertumbuhan baru negara Bukan perkara baru - Zainuddin Empat sekeluarga maut kereta dirempuh treler Paparkan amaran pada skrin komputer RM13 juta tidak cukup JMM akan dedahkan bukti Selasa ini Misi bantuan terus berkhidmat 'Pek hari raya' kepada 5,000 penduduk Iklan Raya: TV3 mohon maaf Stesen televisyen perlu sensitif Bantu kerajaan banteras kemiskinan Harga: Belum ada aduan 13 maut hari ke-2 Ops Sikap 22 pelancong terselamat, bas rempuh tembok
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|