VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 10/06/2009

Kelazatan aiskrim U-Nian


DUA pekerja menyusun aiskrim ke dalam kotak di kilang U-Nian Ice Cream, Johor Bahru. - utusan/BAAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 9 Jun - Aiskrim bukanlah makanan asing bagi masyarakat di Malaysia.

Aiskrim yang merupakan makanan beku diperbuat daripada hasil tenusu seperti krim digabungkan dengan perisa dan pemanis.

Makanan itu sememangnya sinonim dengan detik-detik ceria dan menggembirakan kerana sifatnya yang manis, dingin dan menyenangkan apabila ditelan.

Ia bukan sahaja boleh dihidangkan ketika minum petang tetapi turut dijadikan pencuci mulut selepas makan tengah hari atau makan malam.

Malah, makanan sejuk beku itu turut dijadikan 'umpan pemujuk' tatkala si buah hati merajuk atau 'naik angin'.

Lambakan jenama aiskrim di pasaran tempatan kini memberikan pengguna pelbagai pilihan untuk memenuhi selera mereka.

Bagi penggemar aiskrim, sebut sahaja jenama-jenama tersebut, di mindanya sudah terbayang kelazatan makanan itu ditambah dengan campuran badam, empingan coklat dan buah-buahan.

Mengimbau sejarah membuat aiskrim mengikut tradisinya, campuran bahan-bahan untuk menghasilkannya didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar.

Namun, dengan perkembangan semasa dan teknologi terkini, aiskrim lebih mudah dibuat dengan adanya mesin-mesin berteknologi terkini.

Revolusi itu turut dilalui oleh kilang aiskrim yang beroperasi di Johor Bahru iaitu kilang U-Nian Ice Cream (JB) Sdn. Bhd.

Bermula dengan hanya menjual aiskrim batang dengan menaiki basikal, kini masa berubah dari satu putaran ke putaran yang lain, pengusaha syarikat itu kini mempunyai 25 jenis aiskrim pelbagai perisa.

Menurut Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Chong Chen Kook, 39, kilang aiskrimnya dibina secara kecil-kecilan dan pertama beroperasi pada tahun 1959 di Stulang Laut di sini.

Beliau yang merupakan generasi ketiga pemilik syarikat berkenaan berkata, sehingga kini kilangnya sudah mempunyai 38 pekerja termasuk bahagian pentadbiran dan operasi kilang.

''Sehingga kini, kilang ini telah mengeluarkan 25 jenis aiskrim pelbagai perisa. Antaranya, perisa cendol, coklat, asam, lemon susu, kacang merah, tembikai susu dan strawberi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, dalam sehari syarikatnya mampu mengeluarkan sebanyak 10,000 unit aiskrim pelbagai jenis dan perisa.

Kesemua produknya, menurut Chen Kook, dipasarkan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang selain Johor.

''Kebanyakan aiskrim saya boleh didapati di kawasan pinggir bandar dan kampung. Malah, aiskrim saya dijual dengan harga 20 sen sehingga RM1.70 setiap satu," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.