ARKIB : 04/06/2009
TUDM tunggu keputusan kerajaan ganti MiG-29N
KUALA LUMPUR 3 Jun - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih menunggu keputusan daripada kerajaan mengenai cadangan penggantian pesawat MiG-29N dengan pesawat tempur yang lain.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, sementara kajian mengenainya dilakukan, pesawat MiG-29N akan beroperasi seperti biasa.
''Sebanyak 16 pesawat jenis MiG- 29N ini disenggara seperti biasa secara berperingkat-peringkat mengikut jadual,'' katanya pada sidang akhbar selepas program derma darah sempena sambutan 51 tahun TUDM di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kelmarin berkata, pesawat MiG-29N TUDM itu akan digantikan dengan pesawat pemintas lain bagi memperkuatkan lagi pasukan tersebut.
Menurutnya, pesawat MiG-29 akan dilupuskan dengan menjualnya kepada syarikat-syarikat tertentu atau ke negara-negara yang dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Azizan berkata, pesawat MiG-29N akan digantikan dengan pesawat pemintas lebih berkebolehan dengan pelbagai guna yang unggul, tangkas dan berkeupayaan untuk menyerang dan mematahkan serangan musuh.
Katanya, pesawat itu juga nanti boleh melakukan pelbagai tugas, mempunyai skop operasi yang lebih luas dan mampu beroperasi pada jarak jauh.
''Pesawat seperti Sukhoi SU- 30MKM dan FA 18D Hornet adalah antara pesawat pelbagai guna yang kita ada buat masa ini.
''Pesawat seperti ini perlu ditambahkan bilangannya untuk memperkuatkan lagi pasukan TUDM,'' ujar beliau.
Sementara itu katanya, kira-kira 300 anggota daripada pelbagai jabatan dan anggota Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) yang merupakan isteri-isteri anggota TUDM dijangka menjayakan program derma darah itu.
Katanya, mereka datang dengan kerelaan sendiri tanpa sebarang paksaan untuk menjayakan program murni ini.
BN jadi parti tunggal?
Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul
Jangan politikkan tangkapan di bawah Akta Hasutan
Subjek bahasa Mandarin, Tamil di sekolah kebangsaan diteliti
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Kalimullah diberi seminggu
Kontroversi patut buka mata AirAsia
Boikot produk syarikat demi kesejahteraan negara
Gabung pertahan Utusan Malaysia perjuang hak bumiputera
Kagum semangat kental Siti Hanisah
Gembira anak tawan puncak Everest
Longgarkan syarat visa tarik pelajar
Kazakhstan hasrat miliki agensi seperti Tabung Haji
Perjuangan Islam, Melayu perlu diorganisasi
Palanivel bertemu PM bincang kebajikan masyarakat India
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tingkatkan kerohanian belia
200,000 dijangka meriahkan Fiesta Utusan
Golongan muda perlu rujuk al-Quran, As-Sunnah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









