VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PEMOTORAN

ARKIB : 30/05/2009

Ducati idaman 'kaki motor'


DUCATI bukan sekadar menjanjikan prestasi bahkan membawa bersama prestij kepada penunggangnya.


DUCATI Troy Bayliss 1098 R yang berdiri megah di bilik pameran Next Bike Sdn. Bhd. (Naza Automall), Petaling Jaya merupakan satu-satunya motosikal seumpama itu di negara ini.

Hanya 500 buah dikeluarkan di seluruh dunia dan unit tunggal giliran ke 340 itu kini hanya menunggu masa untuk disambar pemiliknya. Model menggunakan nama lagenda Ducati yang juga juara World Superbike 2008 itu kini dibuka untuk jualan pada harga RM330,000.

Pun begitu, harga tersebut bukanlah yang termahal pernah dijual untuk sebuah Ducati kerana sebelum ini replika MotorGP iaitu Ducati Desmosedici pernah mencecah harga RM700,000 di negara ini.

Harga yang mengejutkan bagi sebuah motosikal bukan? Namun, kedua-duanya bukanlah sembarangan model kerana hanya mereka yang betul-betul mengenali dan berjiwa Ducati sanggup mendapatkan koleksi terhad seperti itu.

Lupakan cerita edisi khas kerana jentera Ducati yang lain tidaklah semahal itu. Varian yang berkapasiti sama dengan Troy Bayliss 1098 R, iaitu Ducati 1098 (asas) dijual pada harga RM138,000 manakala Ducati 1098 (istimewa) adalah RM173,000.

Ducati 1198 dan Ducati 1198 S

Terbaru diperkenalkan di negara ini adalah Ducati 1198 dan Ducati 1198 S yang baru sahaja dilancarkan di Portimao, Portugal pada bulan lalu. Masing-masing dijual pada harga RM158,000 dan RM187,000.

Masih mengekalkan reka bentuk 1098, model tahun 2009 itu menggunakan enjin baru Testastretta Evoluzione dengan suntikan teknologi perlumbaan terkini dan terbukti melalui kejuaraan World Superbike 2008.

Selain kategori superbikes, peminat mempunyai pelbagai pilihan lain seperti street bikes, dual purpose dan klasik seperti Ducati Sport Classic, Hypermotard dan Multistrada. Model harga terendah adalah Ducati Monster berharga RM75,000.

Apakah keistimewaan motosikal yang menerima jolokan ‘Ferrari On Two Wheels’ ini untuk dijadikan ‘mainan’ di litar lumba, jalan raya bahkan cukup bergaya walaupun sekadar menghiasi garaj.

Bagi pemilik Ducati Monster 620, Ismail Abdul Ghani berkata, kehebatan jentera buatan Itali itu bukan sekadar pada reka bentuk yang menarik tetapi memiliki tunggangan yang cukup stabil berbanding kebanyakan motosikal Jepun.

“Kestabilan motosikal ini hanya diketahui oleh mereka yang pernah mengalaminya sendiri.

“Ia seolah-olah bersatu dengan penunggangnya. Tiada rasa goyang atau gegar walaupun ketika mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi,” ujarnya.

Selain itu, ia juga memiliki pengagihan kuasa yang sekata dengan kuasa pecutan dan tork yang cukup untuk membolehkan penunggang memecut pada masa yang singkat.

Faktor itu juga menurut Ismail menyebabkan mereka yang pernah menunggang motosikal buatan tangan itu akan ‘melekat’ dan hanya puas menunggang Ducati.

Sementara itu, penyelenggaraan Ducati seperti juga motosikal kuasa besar yang lain tidak banyak perbezaannya. Pengurus Jualan Next Bike, Muhamed Zoolhilmi berkata, ramai yang beranggapan bahawa Ducati sebagai motosikal berprestij memerlukan kos sara yang tinggi.

“Perkara paling rutin adalah menukar minyak enjin setiap 3,000 kilometer perjalanan. Selain daripada itu hanya pemeriksaan angin tayar dan rantai.

“Tayar yang digunakan pula biasanya boleh tahan untuk digunakan dalam tempoh dua hingga empat tahun,” jelas beliau lagi.

Apa kata Gee?

Di Naza Automall, Petaling Jaya, WOW! menemubual Fauziah Latif, salah seorang daripada kelompok artis yang menunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Gee sudah beberapa tahun menunggang Ducati 769 miliknya.

Melihat gerak dan penampilannya, Gee langsung tidak kekok ketika menggayakan aksi bersama jentera-jentera terhebat di bilik pameran itu.

Menurut Gee, minat pada ‘motor besar’ sudah tertanam sejak beliau di bangku sekolah cuma hanya sekarang beliau dapat melibatkan diri dalam aktiviti bermotor.

“Saya masih ingat semasa zaman sekolah saya selalu ‘curi-curi’ bawa motosikal Kawasaki bapa. Dulu agak sibuk, hanya sekarang saya dapat luangkan sedikit masa untuk hobi ini.

“Pada hujung minggu, saya akan berkonvoi ke mana sahaja bersama kawan-kawan motor saya seperti ke Cherating, Genting, Melaka, Karak, Putrajaya,” katanya.

Ditanya kelajuan maksimum yang pernah dicapai bersama Ducati miliknya, Gee memberikan jawapan yang agak ‘kurang memuaskan’.

“Sebagai penunggang baru saya tunggang ikut had kelajuan jalan raya sahaja,” ujarnya tersenyum sinis.

Ujarnya, memiliki jentera sehebat Ducati memang mempunyai banyak ‘kuasa’ tetapi kelajuan bukanlah perkara paling utama, sebaliknya aspek keselamatan perlu didahulukan.

“Masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang penunggang yang baik seperti cara mengawal kelajuan, brek, garisan lumba dan serba sedikit mengenai fungsi bahagian tertentu pada motosikal.

“Berkongsi cerita dan pengalaman setiap kali berjumpa rakan-rakan motor dapat membantu kita memperbaiki kelemahan dan menunggang dengan lebih baik,” jelas beliau yang mengidamkan Ducati 1098.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.