VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 26/05/2009

Kos tenaga buruh asing jejas industri sawit Sabah

SANDAKAN 25 Mei - Kebergantungan terhadap tenaga buruh asing menyebabkan industri kelapa sawit di negeri ini menanggung kos yang tinggi dalam operasi mereka, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Sehingga penghujung tahun lepas, katanya terdapat 525,000 pekerja asing dalam sektor perladangan di negara ini dan daripada jumlah itu 274,523 orang adalah pekerja asing di Sabah dan Sarawak.

"Di Sabah, terdapat ramai pekerja asing untuk industri kelapa sawit dari Indonesia dan kos untuk mendapatkan khidmat mereka adalah tinggi.

"Jika tidak ditangani, ia akan menjejaskan industri kepala sawit Sabah yang merupakan negeri terpenting dalam perusahaan itu di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur (EMPA) di sini hari ini.

Dialog itu turut dihadiri Pengerusi EMPA Othman Walat dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Mohd Basri Wahid.

Dompok berkata, masalah kos tinggi membabitkan buruh asing itu dikemukakan oleh EMPA dalam dialog itu bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh industri kelapa sawit Sabah.

Sehubungan itu, katanya beliau akan menyampaikan masalah itu kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian.

"Saya mendengar permasalahan mereka dan akan menyampaikannya kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah bagi mengenal pasti perkara yang mungkin perlu dikaji untuk menyelesaikannya.

"Kita tidak mahu pengambilan buruh asing dalam industri kelapa sawit akan menjejaskan industri itu di Sabah," katanya.

Dompok berkata, Sabah merupakan negeri utama dalam pengeluaran minyak kelapa sawit di Malaysia dengan keluasan tanaman kelapa sawit berjumlah 1.33 juta hektar iaitu 30 peratus daripada keseluruhan tanaman kelapa sawit di negara ini.

Menurutnya, Sabah juga mengeluarkan 3.24 peratus daripada jumlah keseluruhan minyak sawit mentah di negara ini dan menjadi pengeluar utama minyak sawit mentah Malaysia.

Ini bermakna negeri ini penting dalam perusahaan kelapa sawit negara dan masalah yang dihadapi oleh pihak yang terlibat dalam industri perlu ditangani dengan sebaik mungkin, katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.