VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 24/05/2009

Mas Anizan Selepas kehilangan

Lokasi HOTEL CONCORDE KUALA LUMPUR

SUAMI adalah peneman isteri, tempat berkongsi suka, duka dan dahan bergantung ketika meniti bahtera perkahwinan. Kehilangannya bukan satu hakikat yang mudah untuk diterima buat isteri terutama dalam situasi yang tidak diduga. Begitulah nasib pelakon dan model yang popular awal 90-an, Mas Anizan Mohd. Shahid atau lebih dikenali dengan nama Mas Anizan. Dia kini menjadi ibu tunggal setelah pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Ali Bapoo pada 19 Mei tahun lalu.

Allahyarham yang merupakan ahli perniagaan itu meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pekan, Pahang.

Genap setahun selepas kehilangan arwah suami, wanita kecil molek ini tampil untuk berkongsi perihal dirinya walaupun telah lama meninggalkan bidang seni setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 1993.

“Saya berendam air mata hampir tiga bulan mengenangkan nasib diri dan anak-anak. Macam-macam rasa yang saya alami ketika itu dan tidak boleh digambarkan ibarat anak kapal hilang nakhoda.

“Kesunyian yang teramat sangat. Banyak juga perkara yang bermain di kepala saya. Boleh atau tidak saya menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak pada satu masa?” katanya tatkala memulakan kata dalam pertemuan dengan Pancaindera Khamis lalu.

Justeru, Mas Anizan memerlukan masa untuk membina kekuatan diri untuk bangkit bersama dua orang anaknya iaitu Mas Aliza (gambar), 14, dan Muhammad Mas Daniel, 9, yang merupakan perisai diri paling penting ketika ini.

Pelakon filem Antara Gadis arahan Allahyarham Yuzwan Wahid ini berkata, ikatan perkahwinan yang dibina selama 15 tahun itu sangat erat tanpa sebarang masalah kerana arwah suaminya seorang penyayang dan gemar berada di rumah bersama keluarga.

“Arwah seorang yang suka masak dan saya yang paling gemarkan masakannya. Apabila terlebih makan dan badan kelihatan berisi sikit, dia minta saya berdiet dan bersenam. Arwah juga menitik beratkan tentang penampilan dan penjagaan diri kami sekeluarga, ” kata wanita yang berusia 36 tahun ini.

Ditanya tentang rancangannya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua, secara lembut Mas Anizan menjelaskan, perkara itu tidak difikirkan buat waktu ini.

Ini kerana komitmen sebagai suri rumah sepenuh masa menuntut beliau untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap keperluan dua orang anaknya.

Katanya, urusan perkahwinan sebolehnya diketepikan buat sementara demi menjaga perasaan semua pihak.

“Apa yang penting sekarang ini adalah pendidikan yang terbaik buat kedua-dua cahaya mata saya kerana ia adalah amanat arwah suami. Isu kahwin tidak timbul tetapi pada masa yang sama, saya tidak menolak sekiranya ada jodoh yang menanti pada masa akan datang.

“Saya juga percaya dengan harta peninggalan yang ada sekarang ini mampu untuk membesarkan anak-anak terutama dalam kegawatan ekonomi ini memerlukan sejumlah wang yang agak banyak. Saya memilih untuk hidup secara sederhana dan ia menjadi amalan sejak bujang,” jelasnya.

Mengenai perancangan masa depannya, Mas Anizan berhajat untuk membuka perniagaan spa sekiranya keadaan ekonominya mengizinkan memandangkan bidang kecantikan itu menjadi idamannya sejak kecil serta mempunyai pasaran yang baik di kalangan wanita.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.