VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 23/05/2009

Pasar borong konsep moden


PENGENDALI Pasar Borong Cheras di Bandar Tun Razak akan memastikan pasar itu bukan sahaja teratur dan selesa kepada pengunjung tetapi juga menyediakan pelbagai pilihan barangan pada harga yang rendah sepanjang masa. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD NOR


KUALA LUMPUR 22 Mei - Jika disebut tentang pasar borong, yang pertama terlintas di fikiran kita pastinya tentang keadaan lantai yang berair, bau busuk serta sesak dengan pekerja warga asing.

Contohnya, Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang dan Pasar Borong Selangor di Puchong yang tidak lepas daripada masalah tersebut.

Pasar-pasar lain seperti Pasar Pudu dan Pasar Chow Kit juga terkenal dengan keadaannya yang kotor dan timbunan sampah.

Itu belum lagi masalah warga asing yang menjual sisa-sisa sayuran yang dibuang oleh peniaga, yang menambahkan lagi masalah kekotoran di pasar-pasar berkenaan.

Berikutan itu, pasar basah mendapat persepsi yang buruk menyebabkan orang ramai mula beralih ke pasar-pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan mereka walaupun pilihan tidak sebanyak pasar basah dan ada kala harganya lebih tinggi.

Menyedari masalah itu, Pasar Borong Cheras yang baru dibuka kira-kira sebulan lalu menketengahkan konsep pasar raya mini yang mementingkan keselesaan, kebersihan, harga murah dan layanan mesra.

Pasar borong tersebut yang terletak di tingkat bawah Pusat Komuniti Bandar Tun Razak itu memenuhi kehendak pengguna apabila tampil dengan imej yang berbeza daripada pasar-pasar basah yang lain.

Walaupun ruang niaganya agak sempit dan hanya mampu memuatkan 13 lot ruang niaga, namun susun atur yang kemas menjadikan pasar itu kelihatan luas dan selesa.

Pengunjung juga tidak perlu risau tentang kesesakan jalan raya kerana pasar borong itu terletak dekat dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Bandar Tun Razak.

Jika memandu, mereka juga tidak perlu bimbang tentang tempat letak kereta kerana pasar berkenaan berkongsi kemudahan tempat letak kereta bertingkat di pusat komuniti itu.

Pegawai pemasaran syarikat Al-Imran iaitu pengendali Pasar Borong Cheras, Normala Shapiee, 27, berkata, pasar borong itu berbeza daripada pasar borong lain kerana ia berkonsepkan pasar raya.

Jelasnya, walaupun ia sebuah pasar borong tetapi ia boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja, konsepnya lebih praktikal, selesa, bersih dan murah.

Katanya, para peniaga akan mula membuka perniagaan mereka seawal pukul 5 pagi bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan dengan cepat terutama peniaga runcit yang akan menjual semula barangan mereka.

"Jika sebelum ini pasar digambarkan sebagai kotor dan tidak selesa tetapi di sini, pengunjung akan merasai perbezaannya kerana ia diselenggara oleh sebuah syarikat dan keadaannya lebih teratur.

"Kami merancang untuk menyediakan ruang pembayaran yang selesa dan cepat dengan menggunakan mesin pembayaran secara automatik tidak lama lagi bagi memudahkan pelanggan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Jelas Normala, idea untuk mewujudkan pasar borong berkenaan diperoleh apabila mereka melihat kesukaran pekebun untuk memasarkan hasil-hasil tanaman mereka ke pasar.

Ujarnya, dengan pembukaan pasar borong berkenaan, syarikat Al-Imran dapat membantu memasarkan hasil tanaman mereka sekali gus memberi kemudahan kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan segar dari ladang.

Katanya, walaupun pasar borong berkenaan menggunakan konsep seperti pasar raya, namun kualiti dan harga barang masih dikekalkan seperti kualiti dan harga di pasar borong.

"Kawasan ini sudah terbiar sejak tiga tahun, jadi kami mengambil inisiatif untuk membangunkan kawasan ini dengan mengadakan aktiviti pasar borong.

"Barang-barang yang dijual di pasar ini jauh lebih murah dan segar daripada pasar raya yang lain memandangkan kebanyakan barang-barang yang dijual diperoleh terus daripada pekebun dan juga hasil kebun kami sendiri," jelasnya.

Selain itu, kata beliau, pihaknya menggaji 40 pekerja untuk membantu para pelanggan dan pihaknya akan memastikan setiap pekerja ringan tulang dan peramah.

Tambahnya, pasar borong yang dibuka sehingga pukul 11 malam itu menyediakan pelbagai barangan jualan daripada sayur-sayuran sehinggalah kepada barangan basah seperti ayam, daging, udang, sotong dan ikan yang segar.

Jelasnya, pada setiap pagi hari Sabtu dan Ahad, pasar tersebut menjadi tumpuan pemborong yang rata-ratanya bukan penduduk tempatan.

Walaupun pasar borong tersebut baru kira-kira sebulan dibuka namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

"Saya amat berharap pasar borong berkonsepkan pasar raya ini akan dijadikan contoh kepada pasar-pasar lain dalam menyediakan persekitaran yang selesa kepada pengunjung dan penduduk setempat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.