VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/05/2009

Siti Nurhaliza, suami sumbang RM1.5 juta bina masjid

SUNGAI PETANI 20 Mei - Penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersetuju memberi sumbangan peribadi sebanyak RM1.5 juta bagi membiayai pembinaan sebuah masjid baru di Tikam Batu di sini.

Pembinaan Masjid Permatang Pasir, Tikam Batu itu akan dimulakan Julai ini dan dijangka siap sepenuhnya Julai tahun depan.

Siti Nurhaliza dan suami serta ibu mertuanya, Siti Zainab Hanafi yang mewakafkan tanah untuk tujuan tersebut hari ini menghadiri majlis taklimat ringkas berhubung pembinaan masjid itu.

Hadir sama Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim, Pegawai Agama Kuala Muda, Sheikh Yusoff Abdul Majid, imam masjid berkenaan, Mahmud Rejab dan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Khalid ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau dan Siti Nurhaliza gembira kerana hasrat untuk membina masjid berkenaan akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

''Masjid tersebut yang dapat menampung lebih 1,000 jemaah berbanding kira-kira 800 orang sebelum ini turut dilengkapi kemudahan lain bagi memudahkan penduduk terbabit menunaikan solat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, masjid baru itu dibina bagi keselesaan jemaah berikutan masjid sedia ada semakin uzur malah memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

Sebelum ini pembiayaan bagi membaiki masjid berkenaan turut disumbangkan oleh Khalid dan isteri.

Bagaimanapun Khalid berkata, beliau tidak menghalang pihak lain untuk turut menyumbang pembinaan masjid tersebut.

Sementara itu Siti Nurhaliza berkata, beliau gembira dengan niat ikhlas suaminya untuk membina sebuah masjid bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung berkenaan.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana impian untuk membuat kebajikan bersama suami sejak dulu lagi sudah tertunai dan akan terus menjadi amalan keluarganya.

"Siti harap kebajikan seperti ini dapat diteruskan bersama-sama suami dan ahli keluarga lain pada masa akan datang," ujarnya.

Khalid sebelum ini pernah menyumbangkan dana untuk membina sebuah masjid di Kuala Lumpur dan Pattani di Thailand.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.