VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 14/05/2009

'Pintu bernafas' bagi keselesaan penghuni


Azimin S. Mohd. Tazilan memberikan penerangan mengenai 'pintu bernafas.'


Pembinaan rumah moden yang kadang-kala tidak menitikberatkan keadaan cuaca sesebuah negara menyebabkan suasana dalam rumah tidak selesa bagi penghuninya.

Apabila penghuni amat menitikberatkan keselamatan, ciri estetika dan keselesaan sesebuah bangunan mula diketepikan.

Pembinaan jeriji besi dan tembok pagar yang tinggi menjadikan rumah kelihatan tidak menarik daripada luar.

Jika direnung kembali rumah tradisional Melayu dahulu kala didirikan lengkap dengan konsep pengudaraan dan pencahayaan tanpa meninggalkan ciri-ciri keselamatan.

Menginap di rumah tradisional Melayu milik datuknya di Taiping, Perak semasa kecil dulu mencetuskan ilham kepada Pensyarah dan Penyelidik Kanan Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Azimin S. Mohd Tazilan membina Breathing Door atau 'Pintu Bernafas.'

"Semasa di kampung, kita tidak memerlukan penghawa dingin tetapi keadaan tetap selesa sama ada siang atau malam," katanya.

Malah beliau mendapat idea membina breathing door semasa penghawa dingin berpusat di pejabatnya sering rosak.

Keadaan dalam bilik yang tidak selesa dan panas menyebabkan beliau sering membuka pintu terutama apabila pelajar dan tetamu berkunjung.

"Malah saya juga terpaksa membuka pintu setiap masa dan mengurangkan keselesaan pada sendiri," katanya.

Sebagai arkitek dan pelukis yang mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Manchester Metropolitan University, United Kingdom, Azimin mendapati reka bentuk pelan rumah tradisional Melayu amat mapan dan lestari pada cuaca tropika.

Kajian yang dimulakan pada September 2005 bagi dinding bernafas tidak dapat diteruskan memandangkan kos yang agak tinggi.

Azimin kemudian beralih untuk membangunkan breathing door yang amat diperlukan oleh setiap rumah di seluruh pelosok dunia.

Masih menggunakan konsep rumah tradisional Melayu tetapi diubahsuai mengikut kos dan kesesuaian.

Membina sesuatu bagi menyelesaikan masalah, Azimin mula memikirkan rupa bentuk dan ciri keselamatan tanpa meninggalkan estetika.

"Saya melihat kepada jeriji pintu yang mencacatkan pandangan dan rantai besi di pintu juga boleh dipotong semasa penghuni membuka pintu," katanya.

Breathing door yang dihasilkan bukan saja boleh mempunyai tempat ruang udara yang boleh diselaraskan - dibuka dan ditutup apabila diperlukan.

Justeru, pada masa siang ketika cuaca panas penghuni rumah boleh membuka ruang udara bagi membolehkan udara masuk.

Kajian menunjukkan breathing door dipasang di pintu depan dan belakang dapat mengurangkan suhu sehingga 20 hingga 35 peratus.

"Lubang udara tadi bukan saja boleh memberikan udara masuk tetapi juga penghuni boleh mendapatkan pancaran matahari.

"Ini memberikan suasana yang lebih bersih dan selesa dalam rumah dengan udara dan cahaya yang boleh beredar di dalamnya," jelasnya.

Azimin berkata, dalam kegawatan ekonomi, penghuni boleh menjimatkan kos tenaga daripada pengguna penghawa dingin, kipas atau lampu.

Bukan itu saja, breathing door juga mempunyai ciri keselamatan seperti tahan api dan dilengkapi dengan jeriji yang di bina dalaman.

"Ini akan memperkukuhkan ciri keselamatan sesebuah pintu tanpa meninggalkan keindahannya," katanya.

Sesuai bagi semua premis - rumah pangsa, apartmen, kondominium, teres, banglo mahupun pejabat - breathing door dapat memberikan keselesaan kepada penghuninya.

Penghuni juga tidak perlu bimbang dengan keselamatan kerana mereka boleh terus melihat pengunjung yang datang tanpa perlu membuka pintu.

Malah dari segi keselamatan selain jeriji dalaman, terdapat dua lagi kunci tambahan di bahagian atas dan bawah.

Jika pada peringkat awal Azimin hanya membina lubang udara yang biasa dengan kos yang rendah tetapi bagi tujuan komersial beliau membina pintu yang mempunyai ukiran dan kerawang seakan-akan dinding rumah tradisional Melayu.

Mengaplikasi lima konsep dalam rekaannya iaitu tutup, gelongsor, gembira, selamat dan tanpa gangguan.

Breathing door yang mendapat pelbagai anugerah semasa di pamerkan di luar negara bukan saja sesuai di negara tropika tetapi juga di negara empat musim.

Mengenai pengkomersialan, Azimin berkata, breathing door sedang dalam proses dipatenkan di negara ini dan beberapa negara di Asia, Asia Barat dan Eropah.

"Kami menyasarkan breathing door akan berada di pasaran tempatan selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya yang mendapat banyak pertanyaan mengenainya dari dalam dan luar negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.