|
KUALA LUMPUR 14 Mei — Sekumpulan empat orang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta mesin pemanas pempastur makanan yang lebih menjimatkan tenaga dan sangat sesuai bagi kegunaan industri minuman dan makanan terutama di kalangan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana.
Mesin ini menghasilkan tenaga haba dalaman yang boleh menyerap ke dalam makanan bagi mempercepatkan suhu yang seragam.
“Melalui alat ini, produk yang dipastur akan menjadi panas dengan cepat dan sekata dalam tempoh 20-30 minit berbanding pemanas konvensional yang menggunakan tenaga haba dan elektrik yang berlebihan,” kata ketua kumpulan penyelidk berkenaan, Prof Dr Norman Marlun dari Fakulti Kejuruteraan UPM.
Kumpulan penyelidik tersebut termasuk Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr Hashim Hizam, Pegawai Penyelidik, Nurul Faezawaty Jamaluddin dan bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Hishamuddin Jamaludin.
“Proses ini dapat menjimatan kos pengendalian kerana pihak industri tidak perlu menggunakan pendandang wap yang berkos tinggi,” kata Norman. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|