Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
JOHOR

ARKIB : 08/05/2009
Latihan Pengakap Johor hari ini

Latihan Pengakap Johor hari ini

MUAR 7 Mei - Para pemimpin pengakap di seluruh negeri ini yang berminat mempertingkatkan kemahiran dipelawa menyertai kursus Manik Kayu yang akan diadakan di Kem Tanjung Labuh, Batu Pahat mulai esok.

Pesuruhjaya Latihan Pengakap Johor, Ibrahim Abdullah berkata, latihan tersebut akan berlangsung selama tiga hari khususnya untuk golongan pemimpin yang rata-ratanya terdiri daripada guru sekolah.

"Peserta kursus ini akan mendapat pengiktirafan kepimpinan dan latihan profesional mengikut pendidikan negara.

"Kursus ini juga dapat memberi pendedahan terbaik dalam mengendalikan anak didik mereka yang terdiri daripada pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja," katanya.

Beliau memberitahu, yuran penyertaan bagi kursus tersebut adalah RM60 dan pendaftaran bermula pukul 4 petang.

Pihak berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubunginya (013-7014105).

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN