VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 07/05/2009

Menumpas ular berbisa


ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berusaha menangkap seekor ular sawa batik yang ditemui di kawasan semak di Labu, baru-baru ini. - UTUSAN/ ABD. RAZAK AID


SEREMBAN 6 Mei - Apa perasaan anda apabila berhadapan dengan ular sawa mahupun ular tedung? Paling tidak, tentu sekali anda akan melarikan diri.

Namun bagi anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), tiada istilah 'cabut lari' apabila berhadapan reptilia ini kerana ia adalah sebahagian tugas mereka untuk memastikan keselamatan orang awam tidak terancam.

Berdasarkan hakikat ini, anggota JPAM ini sememangnya telah dilatih untuk tidak pernah gagal dalam misi menawan sang ular dalam apa juga keadaan.

Melalui pengalaman dan pengamatan Utusan Malaysia yang bersama-sama menyertai operasi menangkap reptilia ini, ternyata anggota JPAM memang tergolong dalam pasukan pakar penangkap ular tanpa mencederakan sesiapa.

Seorang anggota penyelamat JPAM yang mahir dan berpengalaman dalam menangkap ular, Mohd. Arfahzal Musa, 25 berkata, sebanyak 60 ekor ular pelbagai jenis dan spesies berjaya ditawan selama tiga tahun beliau berkhidmat.

Katanya, di negara ini terdapat 136 spesies ular habitat di air dan juga darat, manakala hanya 37 spesies daripada jumlah berkenaan tergolong dalam kategori berbisa.

''Daripada 136 spesies itu, 104 jenis tidak berbisa dan selebihnya mempunyai taring dan berbisa," jelasnya ketika ditanya mengenai tugasnya sebagai anggota JPAM dan 'penangkap' ular.

Mohd. Arfahzal berkata, sepanjang pengalaman bertugas dia pernah dibelit ular sawa pada bahagian badan dan disembur bisa ular tedung sebanyak lapan kali di bahagian muka.

''Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan ketika operasi dijalankan. Ular merupakan spesies reptilia yang sukar diduga tindakan agresifnya,'' tegasnya.

Sementara itu seorang lagi anggota JPAM, Muhammad Hanif Abd. Karim, 23, berkata, tugas tersebut seakan menjadi rutin dan perasaan takut serta geli tidak pernah wujud ketika mengendalikan reptilia berkenaan.

''Pelbagai jenis ular sudah saya temui dan tangkap. Paling berbahaya ialah ular Tedung Selar.

''Ular jenis tersebut sangat berbisa kerana sekali ia mematuk, racunnya boleh mengakibatkan kematian terhadap mangsa yang dipatuk dalam masa beberapa saat sahaja," kata beliau.

Muhammad Hanif berkata, sepanjang bertugas, pengalaman yang tidak dapat dilupakan beliau adalah ketika bertarung untuk menangkap seekor ular Tedung Selar sepanjang empat meter yang mampu berdiri setinggi sebuah van.

''Tipu kalau perasaan takut tidak ada pada diri saya ketika itu, taringnya sepanjang dua inci sudah cukup menggerunkan saya selain kemampuannya berdiri setinggi van dan mengembangkan kepalanya yang kelihatan seperti sebuah pinggan," katanya.

Bagaimanapun, ujarnya 'segarang-garang' ular tersebut, ia berjaya ditangkap dengan kecekapan anggota JPAM terlatih dengan menggunakan penjerut khas.

Seorang lagi anggota, Nor Safiah Majeran, 20, memberitahu, anggota wanita juga tidak terlepas untuk memikul tugas menangkap ular.

Beliau yang mengakui agak jijik dengan fizikal ular berkata, sudah menjadi sebahagian tugasnya untuk menyertai operasi menangkap ular.

''Penjerut khas digunakan bagi menangkap reptilia tersebut dan ia hendaklah digunakan di bahagian kepala agar ia lemah dan mudah ditawan," jelas Safiah.

Dalam pada itu, JPAM menasihati agar orang ramai supaya bertenang ketika terserempak dengan reptilia itu dan tidak mencederakannya kerana ia tetap dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.