ARKIB : 07/05/2009
Jenayah ragut di KL membimbangkan
![]() |
|
BEG tangan yang dibawa wanita seringkali menjadi tumpuan peragut. - GAMBAR HIASAN |
KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan bahawa jenayah ragut di ibu kota meningkat 99 peratus dan ia merupakan satu fenomena yang perlu dipandang serius oleh masyarakat di negara ini.
Berdasarkan statistik yang diperoleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, sebanyak 1,915 kes ragut dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding 1,058 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.
Terdapat beberapa daerah yang meningkat kadar jenayahnya. Antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, mencatatkan peningkatan sebanyak 170 kes kepada 269 pada tahun ini berbanding 99 kes pada tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberitahu, IPD Brickfields turut menunjukkan peningkatan yang banyak iaitu 110 kes pada tahun lalu kepada 322 kes bagi tahun 2009.
Menurutnya peningkatan juga berlaku bagi IPD Cheras yang mencatatkan kenaikan 244 kes daripada 80 kes tahun lalu kepada 324 kes tahun ini.
Bagaimanapun, bagi IPD Sentul ia menunjukkan penurunan sebanyak 63 kes daripada 239 tahun lalu kepada 176 kes tahun 2009.
Walaupun berlaku penurunan di kawasan Sentul, secara keseluruhannya jenayah ragut di sekitar ibu kota dilihat kritikal dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
"Orang awam terutamanya wanita dilihat mudah menjadi mangsa ragut berikutan sikap mereka yang gemar memberi peluang.
"Peningkatan kes ragut ini dipercayai disebabkan sikap ingin memperoleh wang dengan cepat dan mudah," katanya.
Pihak polis kini giat menjalankan operasi bersepadu khas bagi mencegah jenayah di ibu kota termasuk jenayah ragut.
Pengalaman terserempak pengganas
Tembakan bermula serentak azan Isyak
Khairul Mukmin dan Ops Daulat
Tinggal bantuan 1MDB, 1M4U
Kerja baiki rumah hampir siap
Gempar seluruh KL
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










