VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 06/05/2009

Usahawan bahan pencuci


NORANITA Mohd. Salleh menunjukkan sebahagian daripada produk keluaran dan edaran syarikat NR Chemical di kilangnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.


KOTA BHARU 5 Mei - Banyak kisah usahawan berjaya melangkah jauh selalunya mempunyai kaitan siapa yang 'berdiri di belakang' mereka - memperlihatkan bahawa apa yang dicapai tidak ditempa bersendirian.

Hakikat ini diakui oleh Pengarah NR Chemical & Organic Industry (M) Sdn. Bhd., Ramzan Razali, 40, yang menubuhkan syarikat tersebut bersama isterinya, Noranita Mohd. Salleh, 38, selaku Pengarah Urusan.

Mereka merintis perusahaan bahan pencuci untuk kediaman, hospital, syarikat pencuci dan juga bagi kegunaan industri termasuk di limbungan kapal, lapangan terbang dan telaga minyak melalui kilang di Pengkalan Chepa dekat sini.

Syarikat ini sehingga kini berjaya mengeluarkan 35 jenis produk pencuci berkualiti seperti sabun dan pelembut pakaian, bahan pencuci bangunan dan penjagaan kereta selain turut terlibat dalam bidang perawatan air kumbahan dan sisa toksik.

"Kami tubuhkan syarikat ini pada tahun 2003 setelah melihat tidak ada bumiputera yang membabitkan diri dalam industri pembuatan bahan pencuci di negara ini ketika itu. Jadi tersemat semangat dalam dada untuk terlibat dalam bidang yang mencabar ini," kata Ramzan ketika ditemui.

Keyakinan membuat dan mengilang sendiri sabun itu timbul setelah projek 'belakang rumahnya' membuahkan hasil lebih daripada gaji yang diterimanya sepanjang sepuluh tahun berkhidmat sebagai jurutera kimia di syarikat tekstil Taiwan di Nilai, Negeri Sembilan.

''Pada masa lapang, saya berjaya mencipta formula beberapa produk pencuci di makmal 'belakang rumah' dan ada syarikat besar berminat. Alhamdulillah, pendapatan yang didapati daripada usaha sambilan itu pula lebih banyak berbanding gaji bulanan.

''Jadi saya nekad untuk berhenti kerja dan membuka kilang lebih besar di negeri sendiri untuk menjadi pengeluar dan pembekal," kata graduan jurusan kimia industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini sewaktu menerima kunjungan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini.

Dengan sokongan isterinya yang berpengalaman dalam bidang pengurusan, mereka balik ke Kelantan dan menyewa kilang di Kawasan Industri MARA, Pengkalan Chepa dengan mengambil empat orang pekerja.

Noranita pula menceritakan, mereka hanya bermodalkan wang simpanan sendiri berjumlah RM6,000 dan mula beroperasi dengan empat mesin kecil. Sehingga sekarang, mereka tidak pernah membuat pinjaman dengan mana-mana bank.

"Semuanya rezeki daripada Allah. Syarikat kami mencatat perkembangan lebih 30 peratus setiap tahun dan pernah mendapat satu projek menghasilkan bahan kimia kepada sebuah syarikat terkemuka Korea, Samsung Heavy Industry dengan nilai hampir RM1 juta.

''Bahan kimia untuk membuang kandungan air dalam minyak mentah itu dihantar ke Kemaman Supply Base (KSB) dan seterusnya ke pelantar minyak," jelasnya.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata, mereka kini beroperasi dari dua buah kilang menggunakan mesin automatik sepenuhnya dengan 11 orang pekerja.

Katanya, mereka berkemampuan menghasilkan sehingga 50,000 liter bahan pencuci dalam masa sehari mengikut kehendak pasaran yang meliputi seluruh negeri dan juga negara Brunei Darussalam.

''NR Chemical juga menghasilkan produk pencuci mengikut spesifikasi yang diingini oleh pelanggan dan berupaya membuat pembungkusan dan reka bentuk setiap produk.

"Banyak syarikat multi-level yang mahu kami hasilkan bahan cucian tertentu untuk mereka. Kemudian mereka sendiri yang akan jenamakan dan memasar barangan mengikut sistem mereka sendiri sama ada di pasaran terbuka seperti kedai dan pasar raya atau selainnya," kata Noranita.

Jelasnya, suaminya yang juga merupakan ahli kimia utama syarikat itu akan membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) setiap produk pelanggan sebelum ia dihasilkan secara besar-besaran.

Mereka telah membelanjakan lebih RM300,000 untuk membangunkan peralatan makmal di kilang.

"Kami bersyukur kerana dapat menyumbang kepada masyarakat dengan melahirkan produk yang diyakini halal dan mendapat jaminan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan," kata Noranita lagi.

Apa yang menarik mengenai syarikat ini adalah kejayaan terbaru mereka menghasilkan teknologi merawat kumbahan yang dikeluarkan dari kilang kelapa sawit.

"Kami mulakan R&D sejak awal 2008 dan ia bakal digunakan oleh salah sebuah pengeluar kelapa sawit terbesar negara pada Jun tahun ini. Teknologi Palm Oil Mill Effluent (POME) ini bakal menyaksikan kerugian dan pembaziran yang dialami daripada sistem rawatan kumbahan sawit yang diguna pakai sejak 30 tahun dulu, bakal diatasi.

"Jika cara rawatan kumbahan dahulu memakan masa 120 hari dan memerlukan keluasan 14 hektar tanah untuk menempatkan kolam-kolam sisa sawit, teknologi POME hanya akan mengambil masa satu setengah jam dan keluasan tanah suku ekar.

''Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan para saintis dan jurutera tempatan membangunkan teknologi pertama seumpamanya di dunia," kata Ramzan.

Pada hujung 2009, syarikat NR Chemical yang namanya adalah gabungan dari pangkal huruf Noranita dan Ramzan akan membina sebuah wisma sendiri di Kota Bharu menempatkan pejabat pengurusan mereka.

Selain itu, mereka juga merancang membuka kedai dan bilik pameran di setiap jajahan bermula pertengahan tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.