VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 05/05/2009

Kempen cuci tangan

DALAM situasi seluruh dunia dilanda kebimbangan terhadap kemunculan wabak selesema babi, banyak pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan apa juga cara bagi mengelak jangkitan.

Justeru, langkah meneruskan kempen mencuci tangan yang dilancarkan di peringkat sekolah oleh Dettol, jenama produk pencuci terkenal, dengan kerjasama Pusat Perubatan Pantai baru-baru ini dilihat sebagai tepat pada waktunya.

Kempen yang pertama kali diperkenalkan pada tahun lalu bertujuan mendidik kanak-kanak mengenai kepentingan kebersihan dengan mencuci tangan dengan cara yang betul.

Tahun ini penganjur menyasarkan pembabitan 25,000 pelajar di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Kempen ini turut disokong oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser (M) Sdn. Bhd., Catherine Tantoco berkata, kempen ini akan mendekati kanak-kanak sekolah rendah dan tadika melalui program interaktif yang menarik.

''Kanak-kanak akan diajar tentang kuman, bagaimana kuman boleh menjejaskan kesihatan mereka dan kepentingan membersihkan tangan.

''Kempen ini mensasarkan kanak-kanak sekolah rendah dan tadika berumur di antara lima hingga 10 tahun. Program interaktif termasuklah 'kotak kuman bersinar' ultra ungu yang menggambarkan kepada kanak-kanak mengapa mereka perlu membasuh tangan dengan betul walaupun tangan sudah nampak bersih,'' katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran kempen yang disempurnakan oleh Pembantu Pengarah JKWPKL, Dr. Sallehuddin Abu Bakar di Tadika R.E.A.L. Kids di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis itu, seramai 80 orang kanak-kanak tadika berpeluang mempelajari teknik mencuci tangan dengan betul dengan tunjuk ajar jururawat terlatih dari Pusat Perubatan Pantai dan maskot Dettol.

Tambah Catherine, bahagian paling penting dalam kempen tersebut ialah penerangan mengenai kebersihan tangan dan teknik membasuh tangan dengan betul.

''Menurut hasil Kaji Selidik Kebersihan Global Dettol 2008 yang merangkumi 1,000 orang rakyat Malaysia, 80 peratus daripada mereka berkata bahawa anak-anak mereka mencuci tangan sebelum makan.

"Apabila ditanya berapa lama mereka mencuci tangan, 34 peratus berkata lima saat dan 34 peratus lagi 10 saat.

"Masa optimum bagi mencuci tangan adalah 20 saat dan jika kurang daripada itu, ia bermakna membasahkan tangan sahaja. Tangan hendaklah digosok dengan betul di tapak tangan serta di bahagian belakang tangan.

''Sebab itu, semasa kempen ini kami akan menunjukkan kepada kanak-kanak cara membasuh tangan dengan betul dengan menjadikannya seronok dan mudah diingati," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Jabatan Khidmat Pelanggan, Hospital Pantai Kuala Lumpur, S. Amupillay , menjelaskan pusat perubatan itu sentiasa menyarankan kepentingan kebersihan tangan kerana ia adalah cara yang paling berkesan bagi menangani jangkitan penyakit.

''Mencuci tangan secara betul dan kerap adalah penting bukan sahaja di hospital malah di rumah, tadika, sekolah, restoran dan di mana-mana sahaja bagi mengatasi jangkitan. Amalan ini penting terutamanya bagi kanak-kanak supaya mereka kekal sihat,'' jelasnya.

Kata Amupillay, mencuci tangan adalah perkara yang paling mudah, paling efektif dan termurah bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.

Sempena kempen ini, Dettol turut menjalankan pendidikan melalui radio bagi membina kesedaran tentang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta mempromosikan kebersihan tangan yang betul.

HMFD disebarkan dari individu ke individu melalui sentuhan langsung dengan virus berjangkit. Virus biasanya disebarkan oleh individu yang mempunyai tangan yang tidak dibasuh serta dicemari virus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.