Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KORPORAT

ARKIB : 04/05/2009
Sukimi ke Bursa Malaysia akhir tahun

Sukimi ke Bursa Malaysia akhir tahun


PENGURUSAN kanan Kumpulan Sukimi (dari kiri), Ahmad Shah Rizal Ibrahim, Nik Hasfizul Hassan dan Muhazli Muhammad menunjukkan minyak pelincir keluaran syarikat itu di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 3 Mei - Selepas berjaya menjadi pembekal produk petroleum kepada agensi kerajaan, Kumpulan Sukimi (Sukimi) kini menembusi pasaran peruncitan negara dengan sasaran untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Sukimi Ibrahim berkata, Sukimi merancang untuk menawarkan sehingga 200 juta unit saham kepada pelabur untuk bersama-sama mengembangkan perniagaan syarikat tersebut.

"Bagaimanapun nilai saham ini masih belum dapat ditentukan kerana banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.

"Anak syarikat kami, Sukimi Lube (M) Sdn. Bhd. akan menguruskan bahagian peruncitan dengan keyakinan produk minyak pelincir yang dikeluarkan mampu mendapat sambutan baik," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sukimi, Dr. Nik Hasfizul Hassan.

Sukimi yang ditubuhkan pada tahun 1997 merupakan salah sebuah syarikat yang diberi kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk membekalkan minyak subsidi kepada industri perikanan.

Syarikat itu berjaya mengembangkan kegiatannya dan muncul sebagai salah satu pengedar utama produk petroleum kepada agensi kerajaan seluruh negara termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) untuk tempoh yang singkat.

Beliau berkata, Sukimi kini mempunyai sebuah kilang pengeluaran sendiri yang boleh memproses sehingga 200,000 liter minyak sehari.

Sementara itu katanya, Sukimi sedang dalam perancangan menjalin kerjasama dengan Kumpulan Naza untuk turut terlibat sebagai salah satu penaja dalam siri perlumbaan motosikal Club Prix kebangsaan.

"Kerjasama ini telah pun memasuki fasa terakhir dengan satu jenama baru Sukimi-Naza akan diperkenalkan nanti," tambahnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN