VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 02/05/2009

Produk Kels kian popular


YUSMAT Mamat (dua dari kanan) bersama Mukhriz Mahathir yang melawat kilang produk Kels di Pangkalan Chepa, Kelantan, baru-baru ini. - UTUSAN/ASMA HANIM MAHMOOD


KOTA BHARU 1 Mei - Jarang anak muda yang mengimpikan keluar dari universiti untuk terus mula membina karier sendiri sebagaimana Yusmat Mamat kerana ia bukannya suatu jalan yang mudah.

Ketika ramai yang memilih untuk untuk berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta bagi menimba pengalaman sebelum berdikari, Yusmat percaya apa yang dipelajarinya dan ditimba di sebuah universiti di Pakistan dalam bidang farmasi sudah mencukupi.

Yusmat, 43, antara yang memilih jalan luar dari keselesaan kerana minat berniaga. Berkat dari usahanya sejak 1993, beliau bersama isterinya, Hasnah Zakaria, 30, berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi usahawan dengan menghasilkan produk kesihatan halal untuk pengguna.

"Rugi sekiranya ilmu yang kita pelajari tidak kita praktikkan semaksimum mungkin. Semasa saya belajar lagi saya sudah menanam cita-cita untuk membuka kilang dan mengeluarkan produk sendiri," katanya yang menerima Anugerah Usahawan Mara Kelantan bagi kategori pembuatan.

Ketua Eksekutif IMedikal Pharmaceutical Sdn. Bhd. itu menyatakan demikian ketika ditemui semasa menerima kunjungan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukriz Tun Mahathir ke kilangnya di kawasan Industri Mara, Pengkalan Chepa, di sini baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya, Yusmat berkata, beliau tamat pengajian pada tahun 1992 dan setahun kemudian membuka kedai farmasi di sebuah premis yang disewa di Cabang 3, Pengkalan Chepa.

Berbeza dengan kedai farmasi lain, kedainya bukan sahaja menjual ubat-ubatan dan makanan kesihatan dari syarikat luar tetapi Yusmat dalam masa yang sama berusaha mengeluarkan produk sendiri berasaskan makanan kesihatan.

"Saya gunakan ruang yang ada di makmal peremis untuk menghasilkan Kel Spirulina Plus Glukos yang mendapat sambutan menggalakkan di cawangan-cawangan farmasi saya tetapi juga yang dipasarkan di kedai-kedai lain," katanya.

Kebolehannya dalam mengembangkan perniagaan tersebut terserlah sehingga mempunyai enam cawangan termasuklah di Terengganu dan Kuala Lumpur dalam masa beberapa tahun, sebelum ditutup bagi memberi tumpuan kepada pengeluaran produk-produk pada tahun 2000.

Tanpa bantuan modal dari mana-mana pihak, selain hasil keuntungan dari jualan runcit dari farmasi-farmasi tersebut, beliau nekad untuk membuka kilang sendiri.

Kilang ini turut mengeluarkan produk berasaskan ubat-ubatan dan kosmetik dengan jenama 'Kels' (gabungan daripada 'Kelantan' dan 'Spirulina') di beberapa negeri melalui lapan premisnya di beberapa buah negeri.

Selain cadangan membuka cawangan di seluruh negara, beliau menyasarkan turut membuka cawangan Kels di Singapura, Brunei dan Thailand menjelang 2011.

"Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan sehingga berupaya menghasilkan makanan kesihatan sejak 2001. Kemudian bermula 2004, kami membuat penyelidikan dengan kerjasama SIRIM dan Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi untuk menghasilkan produk kosmetik.

''Bermula pada 2006, pengeluaran produk ini dilakukan di kilang Inkubator Satelit SIRIM Bhd. di Shah Alam," katanya.

Beliau memilih Spirulina sebagai asas utama dalam produk kerana ia mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dan antara barangan yang dihasilkan adalah makanan kesihatan tambahan, sabun mandian dan set penjagaan muka.

Hasil jualan produk Kels pada tahun lepas mencapai angka RM4 juta dan mereka kini mensasarkan jualan akan meningkatkan kepada RM6 juta pada tahun ini.

Sementara itu, Hasnah selaku Pengarah Urusan IMedikal berkata syarikat tersebut akan memindahkan teknologi pembuatan kosmetik di Shah Alam itu ke kilang barunya di Kelantan pada tahun ini.

"Insya-Allah, tahun ini kami akan bangunkan kilang kosmetik bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) dengan bimbingan SIRIM Bhd. di sini," katanya.

Hasnah berkata, syarikat itu juga menjangka akan membuka enam lagi kedai Kels pada tahun ini, menjadikan 14 kesemuanya.

Lulusan Universiti Sains Malaysia(USM), juga dalam jurusan farmasi ini, Hasnah begitu gembira kerana dapat menyokong suaminya secara langsung dalam syarikat.

"Saya yakin dengan niat baik mahu mengembangkan produk halal ke seluruh dunia kejayaan akan pasti dikecapi demi kebaikan semua," jelasnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.