VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 02/05/2009

JPJ sita kenderaan tiada cukai jalan

SEREMBAN 1 Mei – Jika sebelum ini, mana- mana pesalah lalu lintas hanya dikenakan tindakan saman atau kompaun oleh agensi penguatkuasa namun berhati-hati kerana selepas ini, kenderaan pemilik yang menyalahi peraturan mungkin akan disita.

Peringatan ini dibuat kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang menyita kenderaan yang dipandu tanpa lesen dan tidak mempunyai cukai jalan sah.

Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan berkata, kenderaan itu akan hanya dibenarkan diambil oleh pemiliknya selepas mereka memperbaharui cukai jalan atau lesen.

“Tindakan menyita kenderaan ini akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen.

“Kita akan tahan kenderaan mereka dan ia hanya boleh dituntut di pejabat JPJ selepas pemiliknya membawa lesen memandu atau cukai jalan yang sah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyertai ‘Ops Sepadu’ yang dijalankan oleh JPJ Negeri Sembilan di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Senawang arah utara di sini malam tadi. Turut hadir, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Mohd. Kamal Saad.

Ketika ini, mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan serta insurans yang tamat tempoh, akan terus dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun, bagi kenderaan yang masih mempunyai insurans walaupun cukai jalannya telah tamat tempoh akan dikenakan kompaun.

Kadar maksimum bagi kompaun mengikut kenderaan ialah RM150 untuk motosikal, kereta RM200 manakala kenderaan perdagangan sebanyak RM300.

Dalam perkembangan lain, Salim memberitahu, sebanyak 205 kompaun dikenakan terhadap pengguna kenderaan di atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi selama dua hari itu.

Katanya, kompaun tersebut adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 2,226 kenderaan sepanjang operasi yang melibatkan 12 agensi penguat kuasa dengan membabitkan 180 anggota.

‘‘Selain tindakan kompaun, sebanyak empat kenderaan telah disita ekoran memiliki cukai jalan yang sudah tamat tempoh.

‘‘Kompaun yang dikeluarkan meliputi kesalahan-kesalahan seperti teknikal sebanyak 77 kes, tamat tempoh lesen memandu (50), lebih muatan (31), cukai jalan (21) serta kesalahan lain (39),” ujarnya.

Antara agensi yang terlibat dalam menjayakan Ops Sepadu itu adalah Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Pelancongan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Turut serta Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Keselamatan Jalan Raya, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan Polis Diraja Malaysia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.