VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 02/05/2009

Ratu meriahkan pesta menuai


PARA peserta ratu ‘Miss Fair and Lovely’ memberikan gaya tersendiri ketika sesi latihan di Kuching, Sarawak, semalam. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


KUCHING 1 Mei – Seharusnya seorang ratu adalah wanita cantik, anggun dan menawan dari segi paras rupa, namun sebenarnya faktor itu belum cukup untuk seseorang itu bergelar Ratu Fair and Lovely sempena Festival Musim Menuai Sedunia 2009 (WHF 2009).

Acara tahunan anjuran Kampung Budaya Sarawak bersama Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak itu memerlukan seseorang ratu yang mempunyai pakej lengkap bukan sahaja cantik malah bijak, berbakat, berpengetahuan luas serta berkomunikasi dengan baik.

Dalam erti kata lain, program Ratu Fair and Lovely mahu melahirkan produk yang mempunyai jati diri Sarawak sekali gus menjadi lambang wanita Bumi Kenyalang yang mempunyai nilai-nilai yang menonjolkan identiti kaum yang diwakili menerusi tema pada setiap tahun.

Jika Ratu Fair and Lovely musim lalu mengetengahkan tema daripada kaum Bidayuh, pada kali ini kaum yang ditonjolkan adalah kaum Iban.

Pemilihan tema adalah berdasarkan kaum yang meraikan Hari Gawai yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun di Sarawak oleh masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu (yang secara kolektif dikenali sebagai Dayak).

Penolong Pegawai Perhubungan Awam Kampung Budaya Sarawak, Nizerley Beki Jamil berkata, meskipun program ini tidak ubah seperti mana-mana program Ratu Cantik yang lain, namun sebenarnya ia memberi kesan besar kepada Sarawak dan individu yang menyertai pertandingan tersebut.

Menurutnya, sudah tentu program yang bercorak kebudayaan Sarawak ini akan memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada industri pelancongan di negeri ini.

‘‘Secara amnya, program ini yang telah mempunyai peminatnya yang tersendiri akan mempromosikan Bumi Kenyalang ini di sektor pelancongan dan mampu menarik pelancong asing untuk menyaksikannya saban tahun.

‘‘Malah, program ini yang turut disertai oleh artis kebudayaan antarabangsa dilihat mampu menjadi platform kepada WHF 2009 menapak sebagai acara pelancongan dunia pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, para peserta memperoleh banyak faedah dan manfaat apabila menyertai Ratu Fair and Lovely dan mungkin pengalaman yang diperoleh itu berguna untuk mereka pada masa akan datang.

Kata Nizerly, ini kerana program tersebut bukan hanya memilih mereka yang cantik tetapi turut membentuk seseorang itu daripada seorang yang sifar bakat kepada individu yang mempunyai bakat, kemahiran dan pengetahuan.

Jelasnya, para peserta berpeluang menonjolkan bakat sama ada nyanyian, tarian atau bermain alat muzik malah mereka akan mendapat tunjuk ajar daripada artis serta tenaga pengajar daripada Kampung Budaya Sarawak.

‘‘Menerusi tema tahun ini iaitu Iban, sudah semestinya para peserta akan diberi pendedahan mengenai masyarakat kaum tersebut terutamanya adat resam serta budaya mereka.

‘‘Secara tidak langsung, pemahaman dan pengetahuan para peserta mengenai adat resam dan budaya masyarakat Iban tersebut membolehkan mereka mempromosikan keindahan serta keunikan kaum itu kepada masyarakat di luar sana,” ujarnya.

Pada tahun ini, pihak penganjur menjangkakan kehadiran penonton yang hadir pada malam kemuncak pertandingan akhir Ratu Fair and Lovely ini meningkat kepada 4,000 orang berbanding 3,000 orang musim lalu.

Biar apa pun alasannya, Ratu Fair and Lovely WHF 2009 yang sentiasa dinanti-nantikan ini bakal menjanjikan keindahan, keunikan serta keanggunan yang pasti tidak akan dilupakan oleh para penonton pada malam 23 Mei ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.