VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/04/2009

Keluarga Manohara cadang saman Istana Kelantan


TUANKU Ismail Petra bersama Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Muhammad Fakhry Petra serta isteri, Manohara Odelia Pinot pada majlis Perasmian Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong, Machang, semalam.


KOTA BHARU 27 April - Keluarga Manohara Odelia Pinot, 17, model terkenal Indonesia yang berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Tuanku Ismail Petra bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Istana Kelantan jika masih tidak dapat bertemu dengan gadis tersebut.

Sebagai langkah awal, kakak model berkenaan, Dewi Sariasi Pinot, 20, akan ke Kuala Lumpur bersama peguamnya dalam masa terdekat bagi berbincang dengan peguam tempatan berhubung tindakannya untuk menyaman keluarga diraja itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Dewi berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana keluarganya tidak dibenarkan bertemu dengan Manohara sejak Oktober lalu.

''Saya akan ambil tindakan undang-undang jika masih tidak membenarkan keluarga saya berjumpa dengannya,'' katanya hari ini.

Lebih menyedihkan dakwanya, ibunya, Daisy Farajina yang menghidapi penyakit kanser rahim sangat merindui Manohara dan berharap Istana Kelantan dapat membenarkan mereka bertemu.

''Saya dan ibu hanya mahu bertemu Manohara. Sebagai keluarga, kami rasa sakit hati apabila tidak dapat berhubung, dibuang dan tidak dilayan sebagai saudara,'' ujarnya.

Menurut Dewi, apa yang cuba dilakukannya bukan sesuatu yang melanggar undang-undang sebaliknya menuntut hak mereka yang dinafikan.

''Keluarga kami bersedia mengadakan perbincangan secara baik bersama pihak Istana Kelantan untuk menyelesaikan perkara ini yang dilihat semakin berpanjangan tanpa penyelesaian,'' jelasnya.

Sementara itu, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry enggan memberi komen ketika diajukan isu itu pada majlis perasmian Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong, Machang hari ini.

''Saya sibuk, saya sibuk,'' katanya sambil menarik pemegang pintu kenderaan dan menutupnya.

Dalam kenderaan yang sama, kelihatan isterinya, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot yang berpakaian kurung moden merah sempat melemparkan senyuman.

Tengku Muhammad Fakhry dan isteri berangkat mengiringi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid ke majlis tersebut. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Baru-baru ini, beberapa buah akhbar memetik laporan media Indonesia mengenai Manohara yang dikatakan didera oleh suaminya, seorang kerabat diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Kisah Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas Daisy Farajina mendakwa anaknya itu 'diculik' oleh Tengku Muhammad Fakhry dan dilarikan dengan sebuah jet di Arab Saudi pada 26 Februari lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.