ARKIB : 24/04/2009
Peluang pekerjaan dalam bidang logistik
BUKIT MERTAJAM 23 April - Bidang logistik dan pengurusan rangkaian bekalan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada bakal graduan kerana ia merupakan kerjaya yang berprospek tinggi.
Bagaimanapun pandangan rendah terhadap bidang tersebut menyebabkan ramai graduan Diploma Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan enggan menceburi dunia pekerjaan yang berkaitan dengannya.
Sehubungan itu, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Politeknik Seberang Perai (PSP) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan seminar khusus bertujuan memberi pemahaman lebih lanjut mengenai prospek kerjaya dalam bidang tersebut.
Pengarah PSP, Noor Azahan Othman berkata, sebagai permulaan, pendedahan daripada pihak yang terlibat dalam industri logistik dan pengurusan rangkaian bekalan perlu memainkan peranan untuk 'memperkenalkan' bidang tersebut kepada bakal graduan.
"Seminar ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman daripada pihak industri yang terlibat kepada para peserta seminar supaya mereka dapat melihat prospek dalam bidang ini," katanya pada majlis perasmian Seminar Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan di sini hari ini.
Majlis perasmian seminar itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Noor Ariff Yusoff dan dihadiri 250 peserta terdiri daripada golongan pelajar.
Noor Azahan berkata, kerjasama dan hubungan yang baik dengan pihak industri juga dilihat dapat membantu menyalurkan maklumat kepada para peserta khususnya golongan pelajar berhubung pengetahuan semasa berkaitan bidang logistik dan pengurusan rangkaian bekalan.
Beliau berkata, dalam industri logistik, pengangkutan amat penting kerana penghantaran bekalan atau pun barangan dibuat melalui tiga cara pengangkutan iaitu udara, air dan darat.
"Oleh yang demikian, bakal graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang relevan bagi memenuhi kehendak dan cabaran dalam industri ini," katanya.
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Ahmad Kamarudin berazam majukan destinasi pelancongan Perak
Mahdzir ajak penduduk perangi wabak denggi
Legasi jambatan kereta api tertua
Exco perlu lipat gandakan usaha
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









