ARKIB : 24/04/2009
Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal
KUALA LUMPUR 23 April Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.
Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab, katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.
Beliau juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap tiga kanak-kanak terbabit di Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, tindakan Mohd. Ridzuan itu dibantah oleh ibu kanak-kanak berkenaan, M. Indira Ghandi, 35, yang mahukan anak- anaknya kekal dengan agama Hindu.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, walaupun Kabinet telah membuat keputusan, kerajaan tetap bersedia mendengar pandangan rakyat sekiranya mereka berpendapat langkah terbaru itu mempunyai kelemahan.
Dilantik Exco Johor: Tee Siew Kiong akur keputusan MCA
Abadi detik persandingan di atas bas panorama Melaka
Mesej klik dengan bijak melalui Festival Belia
Anwar ingkari perjanjian damai hormati keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla
Tengku Adnan cabar Husam kemukakan bukti
Saiful Bukhari Azlan selamat diijab kabul dengan Nik Suryani
Guru perlu berani hadapi gelombang baru cabaran pendidikan
Penduduk tuntut Anwar, Guan Eng turun padang
4 kapal tentera laut India berlabuh di Pelabuhan Klang
Persepsi belia terhadap bidang pertanian akan diubah
Malaysia sedia bantu negara minat contohi pengurusan Tabung Haji
Ketua Hakim Negara arah petisyen PRU-13 diselesai dalam tempoh 6 bulan
Sambutan Hari Wesak: Malaysia seru pihak berkonflik buang sifat ekstrem
Trafik di lebuh raya lancar sebelah pagi
Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! bermula meriah
BN jadi parti tunggal?
Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul
Jangan politikkan tangkapan di bawah Akta Hasutan
Subjek bahasa Mandarin, Tamil di sekolah kebangsaan diteliti
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









